Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Perlu Sorok Daripada Teman Lelaki

Ada rahsia yang lebih baik jika terus disorokkan, demi kesejahteraan hubunganmu. Justeru, fahami sebaik mungkin apa yang boleh dikongsi dan apa yang perlu disorokkan daripada teman lelaki kamu.

32552593_m

 

Rahsia 1: Bekas Kekasih

Walaupun si dia tahu yang dirinya bukan lah yang pertama dalam hidupmu, tapi itu bukan bermakna kamu boleh bercerita betapa hebatnya bekas kekasih kamu dulu. Dia pasti tak sanggup membayangkannya! Ceritakan serba sedikit sahaja dan jangan sesekali menipu. Dia mahu tahu hanya dirinyalah yang sering bermain di hati dan minda kamu.

 

Rahsia 2: Kewanganmu

Selagi si dia belum menjadi suami dan berkongsi simpanan dengan kamu, si dia tak perlu tahu aliran dan pergerakan gajimu itu. Jika tidak, pasti dia akan garu kepala melihat kamu membeli barang-barang yang dirasakannya tak penting – seperti kasut dan pakaian baru. Cara mudah atasinya? Jangan beritahu harga dan di mana kamu membelinya jika dia memuji busana yang kamu pakai.

 

Rahsia 3: Keluarganya, Keluargamu Juga

Amaran: meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keluarga atau sanak saudaranya hanya akan mencalarkan hubungan kalian. Justeru jika ibunya bersikap dingin terhadapmu, jangan sesekali buka mulut. Sekali kamu berkata negatif mengenainya, si dia akan merasakan yang kamu memaksanya untuk membuat pilihan; kamu atau keluarganya. Sudah pasti dia akan naik angin dengan kamu. Jadi, apa kata kamu cuba mengambil hati ibu dan ahli keluarganya yang lain. Tak salah mencuba, kan?

 

Foto: 123RF.COM

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor