Rahsia Kulit 10 Tahun Lebih Muda - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Kulit 10 Tahun Lebih Muda

Selepas sebulan mencuba rangkaian produk yang boleh mencipta #auragoals, Nisa’ Halid berkongsi rahsia dan trik bagaimana kamu boleh mencapai kulit cerah, berseri-seri.

nisa pic

Berapa ramai antara kamu yang mendambakan kulit yang sihat berseri? Tak perlu tanya kamu, saya pun mahukan kulit yang cantik, cerah, sihat dan berseri-seri.  Dalam sibuk-sibuk bekerja, travel pula merata dunia yang tak menentu cuacanya. Bagaimana nak kekalkan kulit yang cantik? Ada ketika kita memilih untuk terus lompat ke katil sambil pegang handphone  daripada meluangkan masa untuk sapu enam hingga lapan produk pada wajah sebelum tidur. Alasannya, tentunya malas! Tapi tahukah kamu, selain bersenam sekali sehari (atau lebih), produk penjagaan kulit yang baik adalah rahsia kepada kulit yang lebih muda dan sihat? Mujur saya sudah menggunakan produk penjagaan kulit sejak umur 20an, siapa sangka saya kini memiliki kulit 10 tahun lebih muda dari usia sebenar saya!

14hb Mac 2016 lalu, saya menempah rundingan Magic Ring (Kamu juga boleh menempahnya di  www.sk-ii.com.my/en/magic-ring.aspxsebelum mencuba produk GenOptics Aura Essence dan GenOptics Spot Essence ini.  Melihat kepada bacaan Cloud meter saya iaitu 73 (100 adalah skor terbaik) tahulah saya yang segala penat lelah menjaga kulit wajah kini berhasil. Benar kata pakar, menggunakan produk penjagaan kulit yang lengkap lebih awal, lebih baik. Ia bukan saja dapat mengekalkan keremajaanmu malah mampu mencegah 1001 masalah kulitmu. Usia kulit saya juga menunjukkan angka yang mengejutkan! I am 23 years old! How is this possible? Sejak itu saya bersungguh mengekalkan kesihatan kulit dengan menggunakan kedua-dua produk GenOptics ini. Selang dua minggu menggunakannya, saya kembali memeriksa bacaan Cloud Meter dan mendapati umur saya sudah berganjak setahun lebih muda. Kulit saya juga kelihatan lebih berseri dan ton kulit lebih baik dari sebelumnya.

 

Kita semua cenderung berfikir bahawa kulit masih sihat bila kita tidak melihat tanda atau tompok gelap pada kulit kita. Sebenarnya tompok itu ada dan tersembunyi di lapisan dalam kulit kita. Cara terbaik adalah dengan merawatnya sebelum ia muncul pada permukaan kulit. Kerana itulah saya menggunakan GenOptics Spot Essence dan GenOptics Aura Essence, supaya ia dapat merawat kerosakan dalaman kulit tidak kira walau sekecil manapun tompok itu. Kedua-dua produk GenOptics ini telah menjadi sebahagian daripada regimen penjagaan kulit harian saya dan hari ini merupakan hari ke-30 saya menggunakannya. Produk yang mudah diserap ke dalam kulit dan saya mula lihat wajah saya seakan punya ‘cahaya’ malah tekstur kulit juga bertambah baik. Saya tak sabar melihat keputusan yang lebih hebat bila bertukar kepada botol kedua. Terima kasih Sk-II kerana telah membantu wanita menangani bintik gelap sebelum mereka muncul di permukaan kulit. Saya juga tak sabar mencapai #auragoals dan aura yang berseri-seri pada tahun-tahun yang akan datang! Ya, betul. Masa depan saya akan berterima kasih kepada saya kerana mula menggunakan GenOptics dari sekarang!

Saranan produk yang mesti digunakan bersama SK-II’s GenOptics Aura Essence:

Untitled

Start Young To Stay Spot-Less

Produk GenOptics daripada SK-II adalah sasaran penjagaan kulit untuk tompok hitam tersembunyi yang disebabkan oleh kerosakan UV. Ia melahirkan kulit lebih muda tanpa tompok gelap juga cerah berseri-seri. Kajian SK-II mendapati bahawa wanita berusia 20-an secara mendadak kehilangan lebih seri berbanding kumpulan umur yang lain. Pada usia 20-an, kerosakan daripada pendedahan UV menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap dan kurang berseri. Untuk memperkasakan wanita berusia 20-an dan dalam menangani bintik gelap sebelum mereka muncul di permukaan kulit, SK-II melancarkan GenOptics baru yang inovatif iaitu siri pencerahan kulit yang mensasarkan tompok gelap yang tersembunyi disebabkan oleh sinar UV sekali gus memberikan kamu aura cerah berseri. Mengandungi penyerapan ekstrak Prunus dan Pitera™, pengguna SK-II GenOptics Aura Essence dapat melihat peningkatan warna kulit dan pengurangan ketara bintik gelap selepas lapan minggu penggunaan yang berterusan.

Insurans Untuk Kulitmu

Lindungi kulitmu daripada future spot akibat dari pendedahan UV dengan SK-II’s GenOptics Aura Essence dan GenOptics Spot Essence yang boleh didapati di semua kaunter SK-II di Malaysia bermula Februari 2016.

SK-II GenOptics Aura Essence

30 ml RM555

50 ml RM790

SK-II GenOptics Spot Essence

30 ml RM470

50 ml RM685

75 ml RM920

 

Ikuti foto-foto menarik dan info lebih  lanjut di sekitar acara #auragoals tempoh hari dan juga tentang produk-produk SK-II, Sila klik di sini.

[soliloquy id="7746"]

Foto: Instagram/SK-II Oleh: Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor