Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Kecantikan Marian Rivera Akhirnya Terbongkar!

Cara pelakon cantik ini kekalkan tubuh yang menawan, sihat dan cergas.

Apabila kamu kata 'tidak ada masa' untuk ke gim, ingat ini: Marian Rivera adalah ibu dan pelakon sepenuh masa tetapi masih mempunyai masa untuk bersenam selama satu jam, empat hingga lima kali seminggu. (Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.)

Cosmo menemu bual jurulatih Marian, Antonio Sietereales yang menggunakan CrossFit sebagai modaliti latihan mereka. Antonio mengatakan CrossFit adalah "constantly varied functional movements performed at relatively high intensity." Mereka fokus kepada pergerakan yang digunakan setiap hari, melakukan senaman seperti squats, deadlifts, dan overhead presses.

Antonio dan Marian "tidak fokus kepada bahagian badan tertentu" kerana mereka "memastikan untuk melakukan semuanya." Dan apa yang memotivasikan Marian untuk hadir ke sesi senamannya: "Marian seorang family-oriented person. Dia ingin menjadi kuat dalam hidup; itu adalah misi utama kami. Cantik hanyalah bonus saja."

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for marian rivera workout

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker