Rahsia Kecantikan Hailey Baldwin: Diaper Rash Cream! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Rahsia Kecantikan Hailey Baldwin: Diaper Rash Cream!

Rahsia Kecantikan Hailey Baldwin: Diaper Rash Cream!

Well, ini antara berita mengenai Hailey Baldwin yang kamu tak pernah dengar sebelum ini.

hailey-baldwin

Memandangkan kini Hailey dan Justin Bieber telah berkongsi s-e-g-a-l-a-n-y-a mengenai kehidupan rumah tangga mereka, kini dia sudah bersedia untuk berkongsi rutin kecantikannya. Jangan ketawa kerana dia menggunakan produk paling pelik yang boleh kamu bayangkan untuk dapatkan kulit halus dan bebas jerawat.

Hailey memberitahu Refinery29 bahawa dia baru mula mengambil pil perancang beberapa bulan lalu dan ia menyebabkan wajahnya dicemari masalah liang pori.

“Saya rasa ada kalanya masalah seperti hormon, kamu tak boleh nak kawal,” katanya. “Sudah beberapa bulan saya makan pil perancang, dan kulit saya jadi bermasalah disebabkan perubahan hormon.” Though for her, menjaga masalah kulit lebih mudah daripada menjaga bayi 24/7 sekarang ini. Sudah tentu dia mahu memastikan kulitnya sentiasa cantik, and that involves her great genetics and some baby products.

Katanya, “Bagi saya, ia banyak disebabkan genetik. Saya sentiasa menjaga kulit dengan minum air yang banyak.” Oh, dan dia juga menyapukan krim ruam lampin di seluruh wajah. Casual. 

“Saya dapati diaper rash cream berkesan untuk mengurangkan dan merawat kemerahan,” jelasnya. “Jika kamu fikir betul-betul kegunaannya, ia sebenarnya untuk red bumpy skin, jadi sama saja. Ia juga bagus untuk under-eye bags.” Kamu pun boleh cuba….jika mahu!

Artikel asal: Shannon Barbour (cosmopolitan.com)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor