Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Hubungan Intim Penuh Berahi

Hubungan intim yang lebih mendalam dan memberahikan seakan tidak wujud? Jika kamu rasa sudah lama tidak mencapainya, buat ulang kaji di sini dan ketahui rahsianya.

Seks romantis tak perlukan taburan mawar atau pakaian dalam berenda – ia hanya perlukan hubungan emosi dengan suami. Berita lebih menarik: Connected sex sebenarnya buatkan pengalaman di ranjang lebih mendalam untuk kalian…bermakna lebih hangat!

 

Perasaan itu hilang, bagaimana?

Ada beberapa sebab kamu tidak mengalami passionate sex seperti yang diingini. Antaranya, bangkitnya mainstream porn. Ia telah jadi rujukan tentang bagaimana seks sepatutnya terjadi. Majoriti pornografi tunjuk bagaimana wanita terlalu risau nak puaskan keinginan lelaki berbanding diri sendiri. Jadi mereka terpengaruh dengannya. Wanita yakin bahawa mereka perlu tiru cara bintang porno, jadi mereka pun cubalah aksi ganas. Lama-kelamaan seks ganas akan menjadi satu ‘persembahan’ semata-mata dan buatkan kamu gagal untuk berhubung secara mendalam dengan pasangan.

 

Kenapa kamu perlu dapatkannya kembali?

Tak kiralah apa sebabnya kamu tak dapat seks yang lebih romantis, tapi kesimpulannya adalah ia perlu diubah dan bukan saja untuk kebaikan diri. Lelaki hanya mahukan seks porno adalah mitos semata-mata. Mungkin mereka tidak berterus-terang, tapi mereka inginkan seks lebih perlahan dan passionate kerana ia buat dirinya rasa lebih rapat dengan pasangan dan mereka mahukan keintiman ini. Bukanlah bermakna seks ganas tidak bagus, tapi merasai perhubungan yang mendalam dan beremosi itu lebih baik sebenarnya.

 

Foto: INGimage

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert