Rahsia Hafeez Mikail - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Hafeez Mikail

Sebagai  pelakon yang meningkat naik, menyanyi adalah satu bidang yang tidak pernah terlitas untuk Hafeez Mikail ceburi, lagi-lagi drama lakonannya sentiasa mendapat perhatian.

Akan tetapi pada sang pemilik nama, Hafeez Mikail segalanya berubah dalam sekelip mata setelah filem Buskers lakonannya mendapat sambutan. Rata-rata memuji watak dan suara nyanyiannya dalam filem tersebut. Berlakon merupakan kerjaya utama tetapi menyanyi merupakan minat dan hobi. Banyak lagu yang telah Hafeez cover di platform Instagram.

 

 

Lagu Rahsia ini dibuat sepenuhnya oleh Malique Ibrahim serta Dedeq dan proses rakaman lagu ini berjalan sangat lancar. “Saya sendiri rasa teruja bila dibantu oleh orang-orang yang berpengalaman. Proses rakaman juga menjadi cepat dengan sifat profesional mereka dan hasilnya cukup luar biasa. Banyak yang saya belajar dari semua yang terlibat disebalik proses rakaman berlaku, ” jelas Hafeez.

Walaupun sibuk berlakon, Hafeez tidak mempunyai sebarang masalah untuk membahagikan masa di antara lakonan dan nyanyian. Semua jadual telah diatur dengan baik.

Lagu Rahsia ini boleh di boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music dan Spotify. Dengarkan juga di semua saluran radio tempatan.

 

Foto: Sony Music Malaysia

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist