Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Di Sebalik Pelukan Lelaki

Cara si dia merangkulmu ada kaitan dengan perasaan dalamannya terhadap kamu. Gunakan tip ini untuk bongkar maksud pelukan tersebut.

1.‘SERANGAN’ DARI BELAKANG

Dia datang dari belakang dan meletakkan kedua-dua tangannya di paras dada.

Walaupun dia tak mengungkapkan sebarang kata-kata, lelaki yang memegang kamu sedemikian sememangnya sedang dilamun cinta. Dia menyelimuti tubuhmu dengan tangannya, kaki kalian saling berpelukan, kamu menyandarkan badan padanya… Ia memberikan mesej penyatuan di sini. Dengan meliputi belakangmu, dia seakan-akan mahu melindungi kamu sekaligus menunjukkan ciri maskulin – memaparkan kekuatan dan dominan.

Satu pengecualian jika si dia selalu memelukmu dari belakang. Ia mungkin bermakna yang si dia mahukan hubungan lebih rapat tapi merasakan kamu tak berminat. Dia mengelak daripada memelukmu secara bersemuka kerana risau kamu tak sebegitu mengingininya.

 

2. GOSOKAN

Dia menggosok lembut belakangmu sambil merangkul tubuh kamu.

Gerakan penuh kasih sayang ini menunjukkan yang si dia amat mengambil berat mengenai dirimu. Bahagian belakang adalah kawasan paling vulnerable, kamu tak boleh melihat bahagian itu jadi bila disentuh memang akan beri kesan mengejutkan. Menggosok lembut kamu pada zon itu menunjukkan si dia mahu menjaga dan melindungi kamu. Tapi jangan terkejut pula jika gosokan itu bertukar menjadi sesuatu yang agak rakus. Kerana menggosok mempunyai satu ritma seksual, jadi sentuhan sedemikian mungkin membangkitkan keinginan seksualnya.

Ia juga berkemungkinan yang si dia sedang sedih dan perlu dipujuk (walaupun dia tak mengaku menerusi kata-kata). Kalau seseorang bersedih, menggosok kawasan belakang badan adalah sesuatu yang diingini kerana ia amat menenangkan. Seorang lelaki mungkin menggosok belakang kamu kerana secara tak sedar, itulah yang diingininya. Jika kamu rasa dia sedikit sedih, berikannya banyak TLC dan tanyalah jika dia okey atau tidak.

 

3. TEPUKAN

Dia menepuk bahagian belakang atas sewaktu memelukmu.

Okay, pelukan ini banyak maksudnya. Cosmo mulakan dengan kemungkinan terburuk: Dia tak mencintaimu. Inilah cara lelaki memeluk kawan mereka; ia langsung tak romantic. Bila seorang lelaki selalu memelukmu sebegini, ia bermakna perhubungan kalian tak ke mana. Contohnya, katakanlah si dia berikan pelukan sebegini bila berjumpa. Dia mungkin nak tunjuk kepada orang lain yang dia tak komited sepenuhnya padamu dan masih available. Jika dia melakukan ‘the pat’ bila kalian sendirian mungkin dia tak rasakan tarikan kimia itu atau dia marah padamu.

Sabar – jangan freak out lagi! Jika ‘the pat’ hanya berlaku sekali-sekala, ia bukanlah satu amaran besar. Dan ada beberapa sebab lain: (1) Jika dia menepuk belakangmu bila kamu nak mulakan sesuatu yang mendebarkan seperti memberikan ucapan, ia adalah gerak isyarat memberi sokongan (seperti mana jurulatih lakukan pada pemainnya). (2) Jika kamu di khalayak ramai, ia mungkin menunjukkan yang dia tak berapa suka nak menunjuk-nunjuk dan mahukan semua nampak kasual. (3) Jika si dia ada hal – sedang belek telefon atau menonton TV – janganlah terasa. Fikirannya mungkin sedang uruskan hal lain sekejap.

 

4. THE WAIST WRAP

Dia merangkul belakang dan menarikmu agar dekat padanya.

Oh wow! Si dia memang nakkan kamu. Pelukan pelvis-ke-pelvis menunjukkan bagaimana dia mahu bersatu denganmu secara seksual. Lebih rendah tangannya, lebih tinggi keinginan seksualnya.

Tapi ada satu perkara perlu diingat: Adakah dia meletakkan dahinya padamu? Bermakna dia mahu fikiran kalian juga bersatu. Tafsirannya: Jika kalian baru bersama, kamu bukan sekadar a fling. Jika kamu dah lama bersama, dia dah bersedia untuk berikan komitmen emosi dan mental… Untungnya!

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor