Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Christie Brinkley Kelihatan Seperti 23 Walaupun Berusia 63 Tahun

Supermodel Christie Brinkley kembali menjadi muka depan majalah — Hampir sedekad sejak kerjayanya bermula 1979 dan berakhir 13 tahun lalu bergambar dalam pakaian renang. Tetapi dia masih hebat di 2017 ini.

Malah model berusia sudah 63 tahun ini berjaya menjadikan 60something kelihatan 20-something, dan membuat kita berfikir: Apa yang dia makan dan bagaimana dia berjaya kekalkan killer bikini bod? Berikut adalah beberapa perkara perlu kamu tahu.

BERHENTI BERDIET!

“Saya cuba diet pelik pada mulanya… semua dari puasa jus pada makan sejenis makana sahaja satu masa, ke makan buah anggur dahulu sebelum apa-apa,” ujarnya kepada New York Magazine pada 2015. “Hanya satu yang kekal adalah diet seimbang.”

MINUM AIR SEJUK DAN LEMON SETIAP PAGI

“Saya dapatkannya dari Instagram,” ujarnya pada New York Magazine. Brinkley mencampurkan sedikit madu manuka dan cayenne pepper ke dalam air panas dengan jus lemon, kemudian meminumnya setiap pagi — sebelum dia terfikir membuat secawan kopi — untuk memastikan dia riang sepanjang hari.

MAKAN PAGI MESTI KENYANG

Dalam temuramah Harper’s Bazzar pada 2014, Brinkley berkata dia suka yogurt susu biri-biri dicampur dengan blackberries, blueberries, raspberries, betik, chia seeds, raw oatmeal, dan walnuts. Untuk protein, dia menambah omelet terlur putih dengan bayam dan cendawan. Dia juga paling suka avocado toast.

DIA VEGETARIAN TEGAR…

…tapi menggambarkan dirinya flexible vegan. “Sebab, tahu-tahulah, wujudnya Itali,” guraunya dengan New York Magazine. “Mozzarella dan pasta wujud. Di Perancis, saya mesti makan sedikit Camembert. Un petit sandwich au fromage [a cheese sandwich].” Tapi dia tidak makan daging sejak usia 12 tahun dan sudah lama bertukar-tukar mengambil jenis tenusu yang berbeza-beza.

MAKAN TENGAH HARI RINGAN, TAPI PENUH SNEK

“Saya selalu makan salad dengan grain atau kacang, baki makanan semalam di atasnya,” ujarnya pada Harper’s Bazaar. Kemudian, pada tengah hari, dia akan buat jus segar menggunakan kale, lime juice, orange juice dan avocado dan snek di dalam pumpkin-seed mix dibuat sendiri dengan garam Himalayan, walnuts, Brazil nuts, sunflower seeds dan dried raisins. Kalau dia lapar sebelum makan tengah hari, sebiji epal— sesekali di makan dengan peanut butter — cukuplah untuk jadi snek makan pagi.

MAKAN MALAMNYA BERWARNA-WARNI

“Saya suka beras perang dengan lentils, lada merah dan kuning dipanggang, fennel dengan kentang manis dan salad di tepi,” ujarnya pada Harper’s Bazzar. Banyak sayur-sayuran yang berbeza dengan grains — atau, saat dia letak, mesti banyak warna sehari — itu matlamat asalnya. Dan dia tidak sekali-kali meneguk air ketika makan.

OBSES DENGAN COKLAT

Ujar Brinkley , dia teringin splurge setiap hari: iaitu Gnosis Pom Acai Raw chocholate bar.

Dari: Delish

Artikel asal: Rheanna O’Neil Bellomo

SumberCosmopolitan US