Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Backstage Kini Semua Dalam Tanganmu

Tidak hanya membongkar, Dior mencipta semula rangkaian produk berinspirasi belakang pentas untuk semua wanita yang menginginkan hasil solekan seperti pakar.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selepas foundation, kami persembahkan Universal Pro Palettes. Untuk Brow Palette, saya suka gunakan warna cerah sebagai asas dan saya gunakan berus kening yang baru dengan warna gelap untuk lukis garis halus seperti bulu kening. Light shade at the beginning of your brows and dark towards the end.  Sama prinsipnya kepada kedua-dua palet ini. Senang dipakai dan di bawa kemana sahaja.

Seterusnya Contour Palette. Dengan empat warna, dua blok atas glowy dan blok bawah matte, sesiapa pun boleh kontur wajah. Teksturnya ringan dan kamu tak perlu takut kamu kontur terlalu pekat. Gunakan dengan berus yang mudah ini untuk soft contouring.

Glow Face Palette adalah kegemaran saya… It will last you a lifetime. It’s the ideal glow palette. Jika kulitmu sedikit kusam, gunakan warna merah samar ini pada pipi untuk menyerikan wajah. Saya akan campurkan warna merah samar dan juga gangsa untuk menampakkan keserian kulit. Saya tidak sarankan kamu gunakan terlalu banyak highlighter kerana ia akan kelihatan metalik tetapi yang ini sangat-sangat tipis dan ringan. Saya juga akan gunakannya pada kelopak mata. Ia tidak pekat seperti pembayang mata tetapi memberikan warna tipis yang menawan. This is a must have!

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru