Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Backstage Kini Semua Dalam Tanganmu

Tidak hanya membongkar, Dior mencipta semula rangkaian produk berinspirasi belakang pentas untuk semua wanita yang menginginkan hasil solekan seperti pakar.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Peter Philips mempersembahkan Backstage…

Bagai tentera berbaris, 40 warna bedak asas terbaru ini memang menakjubkan. Entah mana satu agaknya warna yang paling sesuai, tetapi yang pastinya dalam 40 warna universal itu ada yang sepadan untuk semua ton kulit. Ini adalah produk yang paling dibanggakan Philips. “Saya mahu menghasilkan 16 tahap intensiti tetapi lebih dari itu, enam undertones berbeza: rosy, olive, kuning, beige dan seterusnya. The Face & Body Foundation adalah yang paling saya banggakan kerana kami berusaha untuk melayan kesemua tindak balas dan permintaan pelanggan yang kami terima dari serata dunia dan menghasilkan 40 warna yang kami pasti dapat memenuhi setiap permintaan itu, “ jelas Philips.

“Kami bertanya di kaunter-kaunter Dior, warna bedak asas yang manakah sering dicari tetapi kami tidak dapat menawarkannya kepada pelanggan? Setelah dirunding, dicampur, diteliti dan dipersetujui, kami hasilkan 40 warna yang kami yakin memenuhi permintaan untuk warna bedak asas yang paling serasi dengan apa jua ton kulit. Formulanya sangat ringan, easy to apply, boleh digunakan pada semua bahagian kulit bukan sahaja wajah.  Kalis air, kalis haba dan kelembapan – ia boleh bertahan walau dalam suasana bertenaga dan sangat sibuk seperti di belakang dan juga atas pentas, kerana itulah kami menggelarnya runway proof. Ia bukan a full cover foundation, ia tidak seperti bedak padat tetapi a beautifier yang jika kamu mahu, boleh ditebalkan lapisan untuk litupan penuh.” Face And Body Foundation boleh didapatkan dalam 21 rona di pasaran Malaysia dengan 6N rona paling gelap.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru