Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Backstage Kini Semua Dalam Tanganmu

Tidak hanya membongkar, Dior mencipta semula rangkaian produk berinspirasi belakang pentas untuk semua wanita yang menginginkan hasil solekan seperti pakar.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apa yang mereka gunakan di belakang pentas tidak selalunya sama dengan apa yang ada di kaunter-kaunter kecantikan… Sering dikategorikan professional makeup, digandingkan dengan teknik-teknik yang tersendiri, memang agak sukar untuk kita capai hasil solekan yang sama. Kalaulah kita boleh memiliki kit solekan yang sama digunakan maestro solekan tersohor dunia kan? Now we can, thanks to Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej untuk Dior Makeup yang telah mereka-semula produk-produk penting dan sering dia gunakan di dalam beg solekannya untuk wanita serta jurusolek yang mahukan hasil pakar dengan produk serta alatan intuitif dan mudah untuk digunakan.

Menurut Philips, “saya mahu semua orang mempunyai akses kepada kepakaran saya. Team saya harus boleh bekerja di mana-mana sahaja dalam keadaan belakang pentas yang serba kelam-kabut itu. Jadi setiap kit solekan bukan sahaja harus menjadi survival kit buat jurusolek itu tetapi juga memenuhi keperluan setiap wanita. Itulah matlamat saya ketika saya mereka-semula item-item penting di dalam beg solekan saya. Ini adalah produk yang memberi hasil profesional tetapi sangat mudah untuk digunakan.”

Are you ready for this?

Dior Backstage terdiri daripada 40 warna bedak asas, 2 palet pembayang mata,  2 palet kening, face sculpting palette, glow palette dan juga palet bibir. Ditambah kepada ini adalah 14 berus termasuk 7 untuk mata dan 7 untuk asas solekan, dan berus n ° 11, yang kamu perlu ada untuk layangan bedak asas yang ringan.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru