Quick Chat Bersama Gilbert Soliz - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Quick Chat Bersama Gilbert Soliz

Quick Chat Bersama Gilbert Soliz

Apa agaknya yang diceritakan pakar kecantikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan terkenal dengan kreativiti dan kemampuannya yang tak terbatas untuk menonjolkan penampilan glamor dengan sentuhan yang moden dan playful.

 

Q: Apa yang menarik tentang koleksi Musim Luruh 2018 ini?

A: O!mega Shadows dicipta untuk the everyday woman. Warna-warna yang boleh kamu pakai dengan mudah dan pantas yang direka oleh Diane Kendall, perunding kreatif bagi jenama ini yang berkerja rapat dengan Marc. Palet pembayang mata adalah sesuatu yang disukai ramai tetapi kami dapati wanita hanya menggunakan satu atau dua warna hingga hampir mencecah dasarnya dan mereka menggunakan hanya warna itu pada seluruh mata. Jadi Diane berfikir dia akan menampilkan pilihan warna yang direka untuk kemudahan memakai serta warna yang sempurna untuk asas cerah mahupun gelap, warna-warna neutral yang boleh kamu gunakan pada pelipat mata, atau warna cerah yang boleh digunakan pada tulang kening atau sudut dalam mata. Simple smoky shades untuk mengubah gaya siang ke malam dengan mudah. O!mega Shadows adalah untuk wanita-wanita seperti ini. Apa yang membuatkan ia unik dan berbeza adalah formulanya. Gel powder dengan adunan unik minyak pati dan silikon, kami menyaluti pigmen dengan gel unik ini dan direka untuk mudah diadun tanpa mencomotkan serta pigmen warna yang pekat.

Tambahan kepada O!Mega adalah Glam Glitter Highliner. Celak gel yang paling pekat dan paling hitam, Blackquer telahpun menjadi celak krayon paling lari di Sephora secara global. yang asalnya ada sedikit sentuhan mutiara dan musim lalu kami lancarkan  matte Highliner dan sekarang kami memperkenalkan 10 warna Glam Glitter Highliner. Marc sukakan warna-warna yang memancar dan berkilauan dan sering meminta glitter dalam produknya jadi kami hasilkan Glam Glitter Highliner.

Highliner adalah produk yang sangat versatil. kamu boleh beri definisi pada mata, gunakan sebagai asas pembayang, cipta bentuk grafik. dari perspektif seorang jurusolek, ini antara produk go to kegemaran saya untuk mencipta pelbagai gaya.

 

Q: Bagaimana jika seseorang itu suka warna berkilauan tetapi tak berani memakainya seperti Dew Drops Coconut Gel Highlighter?

A: Mula dengan setting spray seperti yang ini (Re(cover) Perfecting Coconut Setting Mist) kerana ia tidak seperti setting spray biasa. Ia tak mengandungi alkohol dan berikan kulit seri cahaya tanpa kelihatan terlalu berminyak. Tidakpun kamu campurkan highlighter dengan primer dan sapu pada wajah sebelum bedak asas agar kamu masih mendapat efek glow tetapi lebih tipis dan lembut.

 

Q: Sebagai seorang jurusolek, ada tak ‘kesalahan’ dalam solekan yang buat kamu geram?

A: Warna bedak asas yang tak sepadan, garis yang jelas – mata saya lebih sensitif terhadap semua itu kerana sudah terlatih. Kami melihat banyak perkara dari lensa berbeza dan kesalahan seperti itu selalunya menonjol – warna yang salah, tidak blend sampai ke leher, tidak cuba memadankan dengan bahagian kulit selain wajah, menggunakan penyamar yang warnanya terlalu cerah. Semua itu antara faux pas dalam solekan.

 

Q: Alatan solekan kegemaran? Berus atau span, blender atau jari?

A: Saya suka semuanya. Dalam apa jua solekan saya buat saya akan pakai beauty sponge, saya suka berus – lebih kecil berus lebih terperinci. Jika kamu lihat set berus saya, kamu akan dapati saya ada banyak berus kecil. Saya rasa apa yang membezakan antara solekan yang baik dan juga yang hebat adalah bila kita memberi tumpuan pada perincian. Jari juga adalah tool yang bagus. Bergantung kepada solekan yang ingin dicapai. Jika natural dan asli, guna jari, jika airbrushed dan lebih glamor, seharusnya berus dan cara kamu layangkan berus. Saya dapati dengan menggunakan kesemuanya membantu saya mencapai solekan sempurna.

 

Q: Ada tip solekan untuk hooded eyes? (bahagian kelopak mata yang nampak sembap)

A: Saya akan mulakan dengan warna asas yang cantik kerana apa yang kamu lakukan dengan hooded eyes adalah seimbangkan penampilan mata jadi saya guna warna-warna yang lebih neutral dan hangat untuk memberi ilusi kedalaman. Kemudian kamu boleh warnakan garisan mata dengan warna pilihan. Apa-apapun kamu perlu seimbangkan bentuk mata dahulu sebelum memperkenalkan warna tak kiralah shimmer atau celak atau pada garis bulu mata. Jika boleh elak warna bersinar pada pelipat mata tapi tak bermakna kamu tak boleh gunakannya langsung tetapi mungkin tidak pada keseluruhan kelopak mata.

 

Q: Apakah gaya solekan kegemaran kamu sekarang?

A: Saya jenis yang suka melihat solekan jelas pada wajah jadi high glamour, pembayang pipi pada sisi dahi, apa-apa yang mendapat sentuhan 80-an, i’m a big fan of the 80s, rambut kembang bermaya. I love fever blush dan kamu juga boleh gunakan pada mata, pipi dan hasil gaya monochromatic. Gaya 80-an sememangnya sedang hangat dan ramai pereka fesyen menjadikannya sebagai rujukan. Ia gaya yang seolah tidak lapuk dek zaman.  It is such a fun time to wear makeup and use bold striking colors so I thinks there’s a reason why it is always celebrated.

 

Q: Produk Marc Jacobs Beauty yang setiap orang harus miliki?

A: Jika kamu tak pernah guna produk Marc Jacobs Beauty, saya cadangkan Highliner Gel Waterproof Eye Crayon. Blacquer is a must have, Velvet Noir Major Volume Mascara is another beautiful mascara. Setiap wanita mahukan bulu mata yang lebat. Akhir sekali Shameless Foundation. Ia benar-benar flexible, celebrates the look of skin, litupan yang bagus serta mengandungi bahan penjagaan kulit.

 

Q: Bila tak berkerja…

A: Saya suka berehat di rumah, susun semula kit solekan saya. I eat breathe live makeup walaupun tak bekerja saya akan pergi membeli-belah produk solekan. Saya juga gemar bersenam, berbasikal di Central Park, NY. It’s a good worklife balance approach. Saya terbang serata dunia untuk kerja serta persendirian but in order to stay healthy and active you need to give your body the rest that it needs.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru