Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Punca Payudara Terasa Sakit

Cosmo senaraikan jenis dan punca payudara kamu terasa sakit serta tidak selesa.

 

14730258_m

Payudara sakit sebelum tibanya minggu haid.

Ia mungkin hasil perubahan hormon biasa yang berlaku antara satu atau dua minggu sebelum datangnya haid. Legakannya dengan mengurangkan pengambilan minuman berkafein dan ambil pil tahan sakit.

 

Kamu alami sakit menusuk pada sebelah payudara sahaja.

Ia kemungkinan petanda jangkitan payudara, yang mana boleh berlaku jika kamu pernah terlanggar sesuatu secara tak sengaja. Untuk merawatinya, jumpa saja pakar sakit puan yang boleh memberimu antibiotik.

 

Satu atau kedua-dua belah payudara sakit selepas adakan hubungan intim.

Senario mungkin jadi penyebabnya adalah kerana pasanganmu agak kasar dengan ‘kembarmu’ tanpa kamu sedari ketika itu. Beritahu pasanganmu agar berlembut jika senario sama berulang lagi.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor