Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Punca Lelaki Tolak Seks

Lelaki memang sukakan seks. Tapi bila dia tolak hubungan intim, kamu pun jadi pelik dan terfikir, “Ada apa-apakah?” Kenapa kamu yang teruja lebih? Jom baca…

Masalah sudah lama timbul

Lelaki kurang nafsu bukanlah perkara baru tapi wanita yang berani meluahkan keinginan seksualnya kini semakin ramai. Wanita jadi lebih terbuka mengenai seks berbanding wanita 15 tahun lalu. Mereka lebih selesa untuk meminta apa yang diingini. Dan mereka sedar yang kehendak mereka mungkin tak sama dengan kehendak pasangan. Sebaliknya, lelaki juga digalakkan untuk meluahkan perasaan seperti “I tak rasa seperti nak lakukan seks sekarang.”

 

Pembunuh nafsu

Tekanan yang disebabkan keadaan ekonomi sekrang mungkin jadi dalangnya, begitu juga pornografi. Memuaskan diri secara solo akan ‘meletihkan’ keinginannya, jadi tak banyaklah nafsu yang tinggal untuk kamu. Cuba berbincang mengenainya. Biar suami tahu kamu rindu aksinya jika dia dah lama tak menyentuhmu. Pasti dia akan faham hint kamu.

 

Apa yang perlu kamu lakukan?

Buatnya turn on Membeli lingerie dengan niat untuk hangatkan keadaan akan berikan dia lebih tekanan. Sebaliknya ketahui apa yang boleh jadi pemangkin kepada keinginannya dan mula daripada situ.

Masa bermesra – Aksi kecil seperti berpegangan tangan atau duduk berpelukan di sofa akan beri isyarat kepada otak untuk keluarkan hormon oksitoksin yang buatkan kamu rasa lebih rapat dan connected.

 

Foto: INGimages

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert