Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Punca Kourtney Dan Kim Kardashian Bergaduh Besar Dalam KUWTK

Jika kamu masih tak tahu, Kim Kardashian dan Kourtney Kardashian telah bertengkar dan bergaduh di dalam sebuah episod Keeping Up With The Kardashians.

Rupa-rupanya, pergaduhan mereka berdua semakin teruk sehingga menyebabkan Kourtney tidak menghadiri baby shower Kim untuk anak ketiganya, Chicago.

"Saya sangat berharap Kourtney akan melupakan semua ini dan datang, tetapi tidak," kata Kim dalam episod tersebut. "Jadi, saya tak rasa dia seorang yang pentingkan keluarga kerana jika dia seperti itu, pasti dia akan datang ke majlis saya."

Mereka berdua bertengkar kerana mempunyai masalah dengan jadual pengambaran kad krismas mereka (episod ini dirakam pada bulan November). Kim merasakan Kourtney tidak bertimbaang rasa, dan Kourtney tidak ingin melakukan penggambaran tersebut kerana ia tidak penting baginya. Kim juga memanggil Kourteny "least exciting to look at."

Setelah itu, Kourtney dan Kim bergaduh besar melalui telefon di mana Kourtney menggelar Kim manusia "evil, distraught."

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker