

Memang mudah terlebih pakai pembayang mata. Tak salah, tapi jangan sampai melampau hingga boleh nampak garisan kasar dan sapuan tak sekata. Sebenarnya terlebih pakai hanya akan menyukarkan kamu untuk adun warnanya. Sentiasa sapukan sedikit demi sedikit, tambah hanya jika perlu.
Cosmo’s pro tip: Selepas mengoles berus dengan warna, ketuk sedikit untuk membuang lebihan pembayang warna pada berus.
Ada satu garisan halus yang membezakan antara menjadi kreatif bila bersolek dan memakai warna menyerupai Ronald McDonald. Making a statement is great, tapi jangan sampai kelihatan seperti ada pelangi di kelopak mata kamu. Beberapa kombo warna boleh jadi sangat tidak menarik, walaupun jika kamu mahu cipta solekan dramatik. Dan tolonglah jangan pakai terlalu banyak warna neon melainkan kamu dijemput ke acara bertemakan neon!
Cosmo’s pro tip: Jika mahu selamat, satu warna sudah mencukupi. Tapi jika kamu beginner yang mahu bereksperimen dengan warna, tiga warna sudah mencukupi. Gunakan formula mudah ini iaitu warna gelap, medium dan terang; ia menarik dan mudah disuai padan. Cuba smokey eye klasik dengan kombo warna putih, kelabu dan hitam untuk a fun night out.
1) Roxette Arisa
2) Christen Dominique
3) TheMakeupChair
Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.