Punca Eyeshadow Kamu Tak On Point Dan Cara Atasinya - Page 6 of 7 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Punca Eyeshadow Kamu Tak On Point Dan Cara Atasinya

Punca Eyeshadow Kamu Tak On Point Dan Cara Atasinya

Jangan sampai kamu nampak seperti baru keluar dari set The Walking Dead!
6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

6) Mengoles pembayang mata selepas bedak asas dan penyamar

Kebanyakan wanita suka mulakan dengan yang asas dulu seperti bedak asas dan penyamar sebelum memakai solekan mata. This is a major no-no. Bukan saja ia akan mengubah warna asal pembayang mata dan buatnya nampak cakey, kamu juga sukar nak bersihkan sisa produk pembayang mata yang tertinggal di wajah. Ingat, sentiasa sapu bedak asas dan penyamar selepas kamu selesai memakai pembayang mata.

Cosmo’s pro tip: Bila memakai penyamar di bawah mata, hanya pedap betul-betul di bawah garisan bulu mata. Jangan sesekali pakai di kelopak mata!

 

7) Salah pilih pelembap

Lembapan sangat penting dalam rutin penjagaan kulit. Sentiasa pakai krim mata untuk lembapkan kulit sekitar mata. And no, krim wajah takkan berikan hasil yang sama seperti yang diberikan krim mata. Untuk hasil terbaik, beli krim mata khusus untuk siang dan malam. Kalau kulit sekitar mata kering dan tak terjaga, bagaimana kamu nak capai hasil pembayang mata yang sempurna?

Cosmo recommends: Kiehl’s Creamy Eye Treatment with Avocado membekalkan lembapan mendalam pada kawasan kulit mata, manakala Neutrogena HydroBoost Gel ini pula sangat berbaloi dan ringan rumusannya!

Kiehl’s Creamy Eye Treatment, RM135

Neutrogena Hydro Boost Gel-Cream Eye, Rm156.13 (11street.my) 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor