

Cosmo kongsikan pengalaman bercuti ke sebuah buah pulau yang hanya mengambil masa kurang dua jam perjalanan dari Johor Bahru, tanpa perlu menaiki kapal terbang! Pernah dengar nama Pulau Nikoi? This private island is definitely one of the most beautiful islands you will ever visit.
Pulau Nikoi terletak di Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia dan memiliki keluasan hanya 15 hektar. Pulau eksotik ini menjanjikan pengalaman yamg sangat menarik dan Cosmo sendiri masih lagi termimpikan betapa indahnya laut dan suasana di sana. Move on please lol!
Terletak di selatan Singapura dan jarak hanya kurang 100km dari Johor Bahru, Pulau Nikoi dibeli oleh pasangan dari Australia, Andrew dan Julia Dixon pada tahun 2005. Kemudian mereka membangunkan pulau ini dan mula dibuka pada tahun 2007 sebelum membina 15 buah vila pantai pada 2010.
Terkenal sebagai pulau eko dan mesra alam, setiap unit vila pantai dibina menggunakan kayu hanyut (driftwood) yang kukuh sebagai tapak dan rumput alang-alang sebagai atap. Lapisan atap direka dengan pengaliran udara yang baik dan setiap unit tidak memerlukan air conditioner.
Cosmo memulakan perjalanan dengan memandu dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan membeli tiket feri di Stulang Laut Ferry Terminal atau juga dikenali sebagai Berjaya Waterfront Ferry Terminal. Harga tiket untuk dua hala dari JB ke Jeti Tanjung Pinang, Bintan berharga lebih kurang RM165 untuk dewasa,
Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dan setibanya di Tanjung Pinang, pekerja resort Pulau Nikoi akan membawa kamu ke jeti Nikoi. Dari feri Tanjung Pinang ke jeti Nikoi mengambil masa hanya 20 minit sebelum kamu menaiki bot resort yang juga 20 minit perjalanan. Mungkin kedengaran seperti leceh dan memenatkan, tetapi percayalah, perjalanan keseluruhannya dua jam lebih ini sangat mengasyikkan apabila dikelilingi pokok-pokok menghijau di tanah Bintan.
Percutian ke Pulau Nikoi bagi Cosmo lebih kepada family friendly dan pekerja di sana harus diberikan pujian dan markah penuh kerana sangat membantu dan melayani tetamu dengan baik! Suasana di sana seolah-olah berada di sebuah perkampungan pulau yang sangat mesra alam dan bebas daripada pencemaran alam dan bunyi,
Dua malam disana, Cosmo tidur dengan nyenyak apatah lagi waktu pagi kamu dikejutkan dengan bunyi pukulan ombak. Setiap unit vila memiliki ruang persendirian dan akses terus ke pantai. Cosmo menginap di vila paling besar dengan satu bilik utama yang dihubungkan dengan dua bilik ekstra.
Selain daripada mandi laut, ada beberapa aktiviti yang boleh kamu lakukan seperti kayak, paddle board, memancing, snorkeling, tenis, pingpong, berbasikal dan kesemuanya percuma, kecuali aktiviti menyelam dan rock climbing. Cosmo banyak menghabiskan masa bersantai di tepi pantai sambil berjemur dan menikmati air kelapa. That's it. LOL
Antara kemudahan lain termasuklah kolam renang (yang terletak sedikit jauh dari bilik dan berdekatan dengan jeti), bar pantai, padang tenis, spa, dan restoran masakan barat serta masakan tempatan.
Keseluruhannya, Pulau Nikoi layak menerima lima bintang dan ia adalah satu pengalaman baru buat kamu yang sukakan percutian di pulau. Untuk maklumat tempahan dan harga, layari laman web www.nikoi.com.
Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.