Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Promosi November 2017

Dapatkan hadiah menarik ini sekarang!

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

CLICK & WIN

[comfort zone]

 

Makmal penyelidikan [comfort zone] menyediakan sistem resonans kulit yang baru, sistem kosmetik yang dicipta terutama untuk kulit rapuh dan halus. Dengan resonans kulit, tindakan perlindungan digabungkan dengan tindakan yang menenangkan di mana rangkaian produk ini menyediakan rawatan sempurna untuk kulit yang sensitif. Bermula dengan pembersih inovatif yang turut digunakan sebagai minyak untuk urutan sederhana, ia diikuti dengan pengelupasan halus dan kemudiannya semburan tonik menyegarkan untuk menenangkan kulit. Dua pelembap yang dipilih pula mempunyai pelbagai khasiat dan sangat bersesuaian dengan semua jenis kulit sepanjang tahun, tidak kira walau dalam cuaca yang berlainan. Krim resonans kulit [comfort zone] ini merupakan krim yang kaya dengan tekstur lembut dan pelindung. Produk ini khas untuk penjagaan harian kulit yang sensitif, terutama untuk yang lebih matang dan yang memerlukan khasiat dan penghidratan pada musim sejuk dan kering.  Bahan-bahan aktif utamanya [comfort zone] Skin Resonance ialah aquaderm ™, lipid bunga matahari dan pengemulsi yang diperoleh daripada buah zaitun.

 

TERMA & SYARAT:

  • Tarikh tutup penyertaan pada November 30 2017.
  • Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman web Cosmopolitan.
  • Pemenang akan dihubungi melalui SMS atau e-mel.
  • Hadiah harus diambil dari tempat yang ditentukan dan sebarang permintaan untuk menghantar hadiah melalui pos tidak akan dilayan.
  • Hadiah diterima tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang ringgit.