9 Produk Kecantikan Terbaik Berasaskan Botani - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
9 Produk Kecantikan Terbaik Berasaskan Botani

9 Produk Kecantikan Terbaik Berasaskan Botani

Memang power produk kecantikan di sini dengan segala manfaat daripada tumbuh-tumbuhan selain kepakaran untuk menawarkan pilihan terbaik untuk kulit kita.

 

 

L’Erbolario Algadetox Cleansing Exfoliating Face Oil-Gel, RM199. Mikrosfera jojoba wax dengan tindakan pengelupasan membersihkan kotoran serta pencemaran daripada kulit. Ekstrak laminaria algae dan sea lavender melembap dan melindungi.

 

Peter Thomas Roth Hungarian Thermal Water Mineral-Rich Atomic Heat Mask, (harga tidak dinyatakan) seperti pelembap awet muda yang juga memanfaatkan sembilan bahan botani dengan air mata air yang kaya mineral. Semuanya dari Hungary!

 

Philosophy Purity Made Simple Moisturizer, RM130. Walaupun ia menggabungkan beberapa jenis minyak daripada biji tumbuhan, pelembap yang kaya vitamin, antioksidan dan minyak semula jadi ini sangat ringan dan cepat meresap.

 

Pixi Skintreats T-Zone Peel-Off Mask, RM103. Sesuailah untuk pori-pori yang dah lama tak ‘diservis’, adunan superfood seperti avokado, aloe vera dan teh hijau antaranya membantu membersihkan dan seimbangkan semula kulit.

 

Neal’s Yard Remedies Frankincense Intense Lift Eye Cream, RM439. Krim mata organik ini selain dikuasakan oleh frankincense yang hebat untuk antipenuaan, juga ada Revitalise Blend khas kafein teh hijau, kunyit dan minyak biji kopi hijau organik untuk mata yang segar, cantik dan muda.

 

Sisley Velvet Nourishing Cream with Saffron Flowers, RM750. S.O.S untuk kulit kering ini melegakan kulit yang terasa ketat, kemerahan, tidak selesa dan juga kusam! Siang ia melindungi, malam pula merawat dengan tahap keselesaan yang paling diutamakan.

 

Herbivore Jasmine Green Tea Balancing Toner, RM169 untuk kulit kombinasi, berminyak dan muda cela, semburkan terus pada wajah adunan antioksidan berkuasa ini. Seolah kamu wash away toksin yang menyesakkan kulit.

 

Fresh Vitamin Nectar Antioxidant Glow Water, RM116 melindungi kulit daripada persekitaran yang merosakkannya, termasuklah bahang dan peluh dengan adunan sitrus lemon dan oren.

 

Clinique Dramatically Different Hydrating Jelly, RM147, membina semula penghidratan harian yang kukuh agar ia dapat melawan pencemaran harian. Clean Shield Technology™ yang diadun daripada biji bunga matahari, barli dan mentimun menguatkan perintang kulit.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru