Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Produk Kecantikan Tempatan Setanding Antarabangsa

Kamu tak perlu pergi jauh untuk dapatkan jenama berkualiti kerana produk kecantikan tempatan ini tidak kurang hebatnya!

  • Adania Jasmine Bloom Face & Body Mist, (harga tidak dinyatakan) , produk 100% natural endorsed by Mizz Nina ini menyegarkan dengan segera bila-bila masa sahaja. Aromanya mungkin agak kuat bila pertama kali kamu sembur tetapi berubah lembut dan tipis lepas beberapa saat.
  • Adania Pure Lavender Face Cleanser, RM70 dengan aroma lavender yang menenangkan ini buat kulit rasa tenang dan selesa.
  • Minc Market Rasia Sugar Body Polish, RM67. Rose dan green tea sememangnya kombinasi yang baik! Skrub tubuh dengan gula dan shea butter buat kulit licin dan lembut semula.
  • Minc Market Rasia Aroma Mist Relax, RM35 boleh kamu sembur pada bantal, cadar, bilik dan alang-alang sembur pada diri sendiri juga! Yes, ia selamat untuk kulit.
  • Pretty Suci Lip Cream Minah Jambu & Cek Mek Molek, RM62 (setiap satu) berikan efek matte dan velvety tapi tak kering (tak seperti produk lain di luar sana tu) dan ada sijil Halal.
  • SimplySiti Spring Bloom hand & Body Lotion, RM19.90 langsung tak menghampakan. Harum lembut dan selesa bila dipakai.
  • Wardah Exclusive Two Way Cake SPF15, (harga tidak dinyatakan). Mungkin yang satu ini bukan keluaran anak tempatan tapi asalnya tidak jauh daripada kita. Bedap padat jenama Halal dari Indonesia ini cukup hebat untuk menutup bekas jerawat dan ton kulit tak sekata.
  • Nurish Organiq Skrub Wajah, RM18.90 mengandungi ekstrak organik dan ramuan semula jadi kemboja, bunga raya, billebrry dan timun. Produk halal terbaru ini juga dirumuskan tanpa pewarna tiruan, minyak mineral, Alkohol, lanolin, sulfat serta paraben… pakai tanpa ragu.
  • Omorose Aingela SPF35, RM134, memudahkan kamu perbaiki warna kulit yang tak sekata. Jika ia berjaya membantu pesakit kanser untuk rasa lebih yakin dengan kulit mereka bila melalui perawatan, kamu yang sihat juga pasti berpuas hati.

 

Foto:Edmund Lee

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru