Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
priyanka chopra beauty tips

Priyanka Chopra Dedah Rahsia Dia Kekal Muda Dan Cantik

Dinobatkan sebagai wanita kedua tercantik di dunia, Priyanka Chopra mengakui mengamalkan rahsia kecantikan turun-temurun daripada keluarganya. Kamu boleh cuba amalkan rutin ini kerana terbukti ia berkesan buat pelakon dari India ini.

priyanka chopra beauty tips

Priyanka yang menjadi antara pelakon Asia yang berjaya di Hollywood sememangnya dikagumi dengan kecantikan semulajadinya. Malah wajah unik Asianya antara faktor dia menjadi rebutan oleh ramai penerbit dan pengarah di Hollywood. Tiga rutin kecantikan ini yang menjadi amalan wajib Priyanka untuk kekal cantik.

Skrub Bibir

Bahan-bahan:
Garam laut
Gliserin Sayur-sayuran
Air Mawar

Cara-cara:
Tuang sedikit garam laut ke dalam mangkuk. Campurkan sedikit gliserin sayur-sayuran serta air mawar. Gaul sehingga sebati dan skrub pada permukaan bibir. Setelah selesai, lap menggunakan napkin. Bibir akan lebih mungil serta merah semula jadi.

priyanka chopra beauty tips
Skrub Badan

Bahan-bahan:
Secawan tepung serbaguna
Yogurt
1/2 lemon
Susu penuh atau susu skim (untuk kulit berminyak)
Serbuk cendana
Serbuk kunyit

Cara-cara:
Tuang secawan tepung ke dalam mangkuk. Campurkan sesenduk yogurt dan gaulkan sehingga ia menjadi pes. Tambah sedikit perahan lemon. Masukkan sedikit susu penuh. Kemudian, tuangkan sedikit serbuk cendana dan serbuk kunyit. Pastikan ia tidak menjadi terlalu kekuningan. Kacau sehingga sebati. Sapukan pada bahagian kulit yang kamu tumpukan. Biarkan ia mengering seketika dan kemudian skrub kulit anda sehingga ia kelihatan seperti mengelupas. Mandi selepas selesai. “Skrub badan ini mampu mengelupas sel kulit mati, menghidrat, melembap serta menyembuhkan cela.”

priyanka chopra beauty tips
Rawatan Kulit Kepala

Bahan-bahan :
Yogurt penuh lemak
Madu
Telur

Cara-cara:
Masukkan beberapa sudu yogurt penuh lemak ke dalam mangkuk. Yogurt sebenarnya mampu menghidrat dan menyejukkan kulit kepala. Campurkan sesudu teh madu. Masukkan sebiji telur ke dalam campuran tadi dan kacau sebati. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas rambut menggunakan shampu bayi berserta air suam. “Ia sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kepala kering dan kelemumur,”katanya.

Foto: Instagram.com/priyankachopra
Sumber: Majalah Eh!

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness