Privasi Yang Kita Cari Hari Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Privasi Yang Kita Cari Hari Ini

Kata orang, bila bergelar selebriti, privasi seakan diragut. Tak ada lagi istilah private bila wajah sudah kerap keluar TV, majalah atau terpapar memenuhi papan iklan. Benarkah? Ada juga suara-suara yang berbunyi,”Siapa suruh jadi selebriti kalau mahukan ruang untuk diri sendiri? Bukankah apa jua tentang dirimu sudah menjadi hak peminat? Lagi-lagi yang ada fan club berlambak-lambak. Peminat ada hak untuk ambil tahu apa saja tentang selebriti kesayangan mereka walaupun ia melibatkan hal ‘kain dalam’ atau kejadian bawah kelambu.” Sigh. Fenomena yang kian menjadi topik hangat sejak dua menjak ini. Mungkin ia sesuatu yang normal dahulu, tapi kini dengan kebangkitan keyboard warriors, ada yang sampai terpaksa menyembunyikan hal peribadi dari pengetahuan umum. Sekeping foto pun tak mahu ditunjuk, tahu-tahu sudah berkahwin dan ada yang lebih hebat – sedang menunggu kehadiran cahaya mata. Penulis rencana Cosmo, Iqa Norhizam mengupas isu ini. Baca artikel selanjutnya dalam Cosmo Investigates Disember 2018.

Saya dan team Cosmo tetap bersetuju yang setiap individualiti perlukan ruang untuk diri sendiri. Ia penting untuk refleks kembali apa yang sudah berlaku dan menilainya untuk dijadikan pengajaran atau pengalaman buruk dan baik untuk lebih maju lagi di masa hadapan.

We’re only human. Tepuk dada dan tanyalah seleramu. Lakukan apa yang terbaik untuk kamu dan orang yang kamu sayang. Lambat laun mereka akan faham dan jika mereka sayangkan kamu sebagai selebriti pujaan dan <em>adore</em> kerjaya seni kamu, mereka pasti akan belajar menerimanya satu hari nanti.

Kenapa saya bercakap tentang selebriti dan privasi kali ini? Tentulah kerana kami tampil dengan isu selebriti untuk bulan Disember 2018. Edisi penutup tirai yang setiap kali ditunggu-tunggu mestilah disusuli dengan penghias muka depan berwajah local. Kalau tahun lalu Cosmopolitan Malaysia Disember 2017 dihias cantik dengan Nur Fazura, tahun ini kami bangga memberi penghormatan kepada Siti Saleha, salah seorang speaker acara tahunan Cosmo iaitu Fun Fearless Life 2018 yang berlangsung Ogos lalu.

Sebelum kita mengucapkan hello kepada tahun baru, ambil masa muhasabah diri dan kenang kembali apa yang sudah kita lalui – baik dan buruk. Kedua-duanya penting dan jangan lupa untuk berterima kasih kerana dengan itu, kamu akan lebih menghargai kehidupan. Katakan hello diikuti semangat baru yang berkobar-kobar. Mantra mahu lebih berjaya bukan saja pada tahun 2019 namun untuk tahun-tahun akan datang perlu kamu terapkan mulai hari ini. Good luck, Cosmoholics!

Seperti biasa, jika kamu ada isu-isu yang mahu dikongsikan bersama saya dan team Cosmo, jangan malu untuk e-melkan kepada saya di nisahalid@bluinc.com.my. Manalah tahu soalan dan permasalahan kamu dapat kami selesaikan. Teruskan menyokong Cosmo, see you next year!

Love,

Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor