Prince Harry Berasa Seperti Banduan Di Istana Sendiri
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Prince Harry Merasa Seperti Banduan Di Istana Sendiri

Prince Harry Berasa Seperti Banduan Di Istana Sendiri

Not all that glitters is gold, guys. Lihat saja Putera Harry yang bakal menjadi raja dan kini tinggal di istana mewah Kensington Palace. Rupa-rupanya, walaupun dia sekarang berbahagia bersama Meghan Markle, dia terasa diri seperti banduan di istananya sendiri.

Berdasarkan biographer Ingrid Seward, ini bukanlah masa yang baik untuk Prince Harry. “Harry merasa sangat terkongkong di Kensington Palace,” katanya, “Dia tak sabar untuk keluar,” Geez.

Ingrid berkata perasaan ini ada kena mengena dengan status perkahwinannya dan bagaimana hubungannya dengan keluarga telah berubah. Tambahan, ada khabar angin mengatakan ada drama antara William dan Kate bersama Harry dan Meghan, serta Meghan dan Harry dilaporkan tidak ingin anak mereka membesar dalam “the goldfish bowl of royal life.” Apabila kamu melihat keadaan ini sekarang, hidup Prince Harry memang kelihatan agak tertekan pada saat ini.

Jika ini semua benar, hubungan keluarga Diraja ini nampaknya tidak berapa elok pada masa ini, tetapi Meghan dan Harry mengumumkan mereka akan berpindah ke kediaman peribadi Frogmore Cottage di Windsor, dengan harapan mereka tidak perlu berdepan dengan masalah ini lagi.

 

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for harry and meghan

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker