Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Power Lunch Set Kamu ‘Wajib’ Cuba Di Delicious

Jika kamu buntu nak makan apa dan di mana ketika lunch hour, Cosmo sarankan kamu cuba power lunch set di Delicious. Tunggu apa lagi? Ambil kunci kereta dan pandu ke Delicious yang terletak di One Utama Shopping Centre.

Bukan saja ada menu western tapi jika kamu peminat setia makanan lokal, Power Lunch Set menghidangkan Nasi Kerabu dan Nasi Lemak Ayam Berempah untuk kamu cuba. Cosmo cukup teruja mencuba Nasi Kerabu kerana memang enak. Ayam yang digoreng cukup lembut isinya dan rangup di luar. Selain makanan lokal, kamu patut cuba menu hidangan Barat antaranya Caeser Turkey Ham, Fish and Chips, Aglio Olio, Napolitana, Spicy Corned Beef Aglio Olio dan Hainanese Chicken Chop.

 

Power Lunch Set ini bermula pada Oktober dan berakhir Disember 1. Dengan setiap pesanan ini, kamu boleh pilih salad atau soup of the day. Tak lupa juga, set ini siap dengan ice lemon tea.

Delicious juga akan menawarkan diskaun 50%  untuk kek pilihan  dengan  setiap perbelanjaan sebanyak RM100. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai serbu Delicious!

 

Foto: Delicious

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist