Polis Evo 2 'Laku Keras' - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Polis Evo 2 'Laku Keras'

Polis Evo 2 ‘Laku Keras’

Filem Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw yang sedang hangat ditayangkan telah mengutip RM40 juta. Memang ‘laku keras’ filem ini.  Filem arahan Joel Soh dan Andre Chien menampilkan gabungan pelakon tiga negara di mana daripada Malaysia menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Erra Fazira, Soffi Jikan, Shafiq Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Dennis Yin, Hairie Othman, Rusdi Ramli. Pelakon Singapura menampilkan Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan Fir Rahman. Manakala pelakon Indonesia dibintangi oleh Raline Shah, Mike Lucock dan Tanta Ginting.

Sinopsis Polis Evo 2

Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.

 

https://www.youtube.com/watch?v=5-_k43t5sT8

 

Foto: Astro Shaw

 

 

 

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist