Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pikat Pasangan Kamu Dengan Cumbuan

Pikat Pasangan Kamu Dengan Cumbuan

Ehem, artikel ini khas untuk yang sudah berkahwin saja okey. Cukup hebatkah ciuman kamu pada suami untuk memikat hatinya hingga tak lena tidur malam? Cosmo ada tip menarik untuk kamu praktikkan malam ini.

Foto: Shutterstock.com

KESEGARAN MULUT

Pada Cosmo, kesegaran mulut sangat penting. Kalau mulut berbau, alamatnya memang turn-off. Pastikan sebelum bercumbu, bau mulut kamu wangi (kunyahlah gula-gula mint atau berus gigi dulu!). Bau mulut yang tidak enak boleh matikan seleranya.

 

EYE CONTACT

Tak perlu malu untuk renung wajah suami dan buat hatinya gundah-gulana.  Bukankah ada pepatah mengatakan, dari mata jatuh ke hati. Jangan lupa pejam mata dan nikmatinya bila bercumbu dengan si dia.

 

SI DIA MAHU LAGI DAN LAGI

Jangan gelojoh. Kira hingga 10 ketika ciuman pertama. Kemudian beri masa untuk bernafas sebelum memulakan cumbuan lebih ghairah. Kalau gelojoh, tak menyeronokkan dan barangkali kamu rasa sesak nafas.

 

PENGAKHIRAN ROMANTIS
Berikan belaian pada rambutnya berserta pujian mengenai tubuhnya. Pasti suami kamu tersenyum lebar.

 

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist