Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pewarna Bibir Yang Bertahan 300 Ciuman

Pewarna Bibir Yang Bertahan 300 Ciuman

Walaupun tidak semestinya kamu memakainya hanya untuk bercumbuan tetapi ketahanan pewarna bibir ini memang menakjubkan!

 

 

Sesuatu yang semua wanita mahukan daripada pewarna bibir atau gincunya adalah ketahanan warna yang tak mudah padam bila kamu makan, minum, bercakap dan ehemm… Cium seseorang! Clarins mempersembahkan Water Lip Stain, warna bibir yang ringan dan kalis segala sentuhan, kekal warnanya tanpa terkesan. Bayangkan kamu mengolesnya pada waktu pagi dan tak perlu risau untuk touch up, warnanya pudar atau tercalit bila kamu tersentuh bibir.

 

 

 

Tekstur generasi baru yang menggoda

Dirumus dengan 77% air, formula ini segera bersatu dengan bibir sehingga kamu langsung tak merasakan ia di situ, namun warnanya yang terang kekal seperti efek dakwat. Ringan dan cair, ia meluncur pada bibir dengan mudah seperti sensasi kulit ke dua tanpa mengeringkan.

Berus aplikator yang diperbuat daripada serat lembut serta sensorial menyerap jumlah warna yang optimum dan seolah mendakap bibir untuk aplikasi yang mudah.

Water Lip Stain Untuk Siapa?

  • Kamu yang suka solekan mudah dan pantas dan tidak renyah untuk touch ups
  • Kamu yang ingin menambah keserian pada wajah yang mungkin kelihatan pucat
  • Wanita berkerjaya yang mahukan senyuman sempurna dan semula jadi ketika bekerja
  • Fashionista yang mehukan senyuman yang berseri tanpa perlu memilih antara warna yang terang atau pemakaian yang bertahan
  • Kamu yang tidak mahu bibir meninggalkan kesan warna atau comot bila cium seseorang
  • Selfie addicts yang mahukan hasil glamor pada gambar yang sempurna

… Mudah bicara, SEMUA WANITA!

 

Warna Dan Penjagaan, Nothing Less

Menawarkan kemasan warna matte yang bertahan, kamu tak perlu risau akan bibir yang mungkin kering seperti gincu matte lain. Ekstrak aloe organik membantu melindungi bibir daripada penghidratan sementara air raspberi organik membantu melembutkan bibir. Water Lip Stain turut melindungi bibir dengan Anti-Pollution Complex yang daidun dengan ekstrak teh putih, nipplewort dan furcellaria agar bibir tidak terkesan daripada pencemaran persekitaran. Ini adalah adunan pertama seumpamnya di dalam produk bibir Clarins!

Pilih daripada empat warna menggoda: 04 Violet Water / 03 Red Water / 02 Orange Water / 01 Rose Water.

Ladies, siapa yang bakal menerima ciuman menggodamu?

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru