Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Petanda Si Dia Layak Dijadikan Suami

Jika si dia peminat no.1 kamu, then yes! Baca lebih lanjut untuk ketahui jika si dia layak dijadikan suami.

 

25736953_l

 

1) Si dia selalu memuji dan bangga dengan kamu

Jika kamu mendapat kenaikan pangkat dan gaji di tempat kerja atau hanya sekadar memenangi tiket konsert, si dia terlebih dahulu memberitahu semua orang tanpa sempat kamu berfikir untuk mention pada sesiapa. Sebab apa? Sebab dia adalah peminat no.1 kamu (selain ibu kamu of course).

 

2) Si dia sanggup berkorban untuk kamu dan kamu juga sama

Dia sanggup pindah ke luar bandar atau luar negara untuk tinggal dengan kamu jika kamu mendapat kerja baru atau baru sahaja tamat pengajian. Kamu juga gembira untuk membuat perkara yang sama jika si dia mendapat peluang lebih baik.

 

3) Apabila si dia berkongsi pendapat dan keinginan yang sama dengan kamu

Apabila kalian berdua mahukan anak dan mahukan hak penjagaan yang sama rata. Atau mungkin jika kalian mahukan anak dan si dia mahu tangguhkan paternity leave. Mungkin kalian juga bersetuju untuk luangkan masa 45 minit setiap hari untuk pergi ke gym atau kalian bercadang untuk membeli rumah dan berpindah ke pinggir bandar dalam tempoh lima tahun. Kamu tahu kalian berdua berada di pihak yang sama jika kedua-duanya bersetuju dengan perkara-perkara yang memberi makna buat kamu seperti ini kerana kamu telah berbincang dengan si dia mengenainya terlebih dahulu.

 

4) Walaupun selepas bertahun bersama, si dia masih cuba untuk mengambil hati kamu

Seperti bukakan pintu untuk kamu atau mengendong kamu ketika kakimu sakit selepas seharian memakai kasut tumit tinggimu itu dan kamu dah tak sanggup nak jalan lagi. Gentleman bukan?

 

5) Si dia tidak pernah cuba untuk ubah kamu

Dia tahu kamu ada banyak perkara lain yang harus difikirkan, yang kamu memerlukan kucing untuk menemanimu dan kamu tidak boleh memasak, namun itu semua tidak menjadi penghalang untuk si dia menerima kamu seadanya.

 

6) Apabila kamu mahu mengahwininya bukan kerana mahukan grand wedding semata mata tetapi fakta yang kalian bakal hidup bersama, itu lebih penting

Perkahwinan sangat menyeronokkan, namun dua minggu selepas perkahwinan kamu lebih menyeronokkan apabila tiada siapa pun yang akan mengganggu kalian untuk berhoneymoon.

 

7) Kamu berjaya mengharungi LDR

Susah dan menakutkan. Namun disebabkan kalian begitu menyayangi satu sama lain, kalian berjaya mengharunginya dengan harapan apabila semuanya berakhir kalian dapat bersama semula.

 

8) Bukan sekadar I miss you” yang keluar daripada mulut kalian

Ini adalah realiti. Walaupun bukan terlalu lama kalian tidak berjumpa, even dua jam pun sudah terasa lama dan masing-masing sudah rindu.

 

9) Kamu tak suka mempunyai teman sebilik kerana lebih suka mempunyai ruang sendiri, namun kamu tidak keberatan untuk tinggal bersama si dia

Kamu tidak sabar untuk menghabiskan hari kamu, bukan kerana kerja kamu dah selesai namun kerana kamu dapat berjumpa dengan si dia semula.

 

10) Dialah orang yang kamu cari ketika kamu memerlukan seseorang untuk bercerita tentang apa saja

Biasanya ibu bapamu atau teman karibmu yang menjadi tempat kamu bercerita tentang semua benda, tetapi sekarang si dia yang mengisi tempat mereka. Mereka memahami kerana mereka dapat melihat betapa bahagianya kamu sekarang.

 

11) Kamu selesa untuk membuat planning untuk enam bulan atau setahun akan datang, tentang masa hadapan kamu

Kamu tak perlu risau jika kamu perlu batalkan tiket penerbangan atau confident yang kamu tak perlukan plus-one sama sekali. Kamu cukup yakin dengan hubungan kalian.

 

12) Kamu boleh menangis depan si dia tanpa rasa malu

Dia tahu bila dia patut risau dengan kamu dan juga bila kamu terbawa-bawa dengan babak sedih di pawagam.

 

13) Apabila teman karibmu mengadu tentang pasangan mereka atau jejaka-jejaka yang mereka sedang hubungi, kamu mendiamkan diri kerana kamu tidak tahu nasihat apa yang patut diberi

Kamu bukan lah nak angkuh, tapi kamu tak pernah melalui itu semua kerana pasangan kamu hebat bagi kamu.

 

14) Si dia rapat dengan keluargamu dan juga memastikan kamu mengenali keluarganya juga

Dia menghubungi ayah kamu atau nenek kamu tanpa ragu. Kamu juga tidak segan untuk ke majlis hari jadi anak saudaranya walaupun si dia tidak dapat mengikuti kamu.

 

15) Si dia mengambil berat tentang teman-temanmu

Jika teman kamu moody, dia pasti cadangkan kamu untuk meluangkan masa bersama temanmu itu atau mengajaknya untuk makan malam bersama kalian. Jika si dia dah lama tak dengar kamu sebut tentang teman-temanmu, dia pasti bertanya tentang mereka.

 

16) Si dia benarkan kamu meluahkan perasaan kamu

Kadangkala, apabila sesuatu mengecewakan kamu, kamu hanya perlu mengharunginya setiap kali. Si dia tidak pernah meluat dengan kamu dan tak pernah mengganggap bahawa kamu perlu meminta maaf dengannya. Perkara yang dia bimbangkan hanyalah kesedihan kamu dan berharap kamu tidak akan bersedih lagi.

 

17) Si dia memuji kamu hot dan beautiful di saat yang kamu tidak sangkakan

Seperti ketika kamu tidak mengeringkan rambutmu atau tidak memakai alat solek atau ketika kamu langsung tidak tukar t-shirt dan sweatpant kamu. Pelik bukan?

 

18) Kamu boleh melakukan banyak perkara bersama seperti travel dan tidak bergaduh sepanjang masa

Kamu pasti pernah ternampak pasangan bergaduh tentang di mana mahu lunch di airport sampai salah seorang menangis dan terpaksa menyarungkan shadesnya untuk mengaburi matanya yang sedang berair dan kesudahannya? Masing-masing duduk jauh antara satu sama lain. Kelakar bukan? Jadi, kamu dan pasanganmu mungkin tidak perlu menghadapi situasi memalukan sedemikian.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Amy Odell, Lori Fradkin

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor