Petanda Di Sebalik Warna Darah Haid Kamu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Petanda Di Sebalik Warna Darah Haid Kamu

Petanda Di Sebalik Warna Darah Haid Kamu

It’s not just red, darling! Warna darah kala menstruasi boleh menjadi petunjuk kepada kesihatan tubuhmu, sekali gus kesihatan ‘Miss V’ juga. Terkejut? Jangan risau! Cosmo kongsi maksud di sebalik setiap warna ‘merah’ yang kamu alami setiap bulan.

Jika berwarna merah jambu…

A pretty colour but not ‘pretty’ for your health! Ini menunjukkan kadar hormon estrogen kamu berkurangan. Perkara ini sering terjadi kepada wanita yang aktif bersukan (selalunya atlet) kerana bersukan boleh menurunkan kadar hormon tersebut. Walaupun ia bukanlah masalah kesihatan serius, tapi jika dibiarkan boleh menyumbang kepada penyakit osteoporosis. Warna pink juga boleh menjadi petanda tubuh kamu kurang nutrisi, gejala polycystic ovary syndrome (PCOS) dan tanda menopaus.

Jika berwarna coklat pekat…

Kamu sedang berada di akhir kitaran haid. Warna darah yang gelap menunjukkan bahawa ia sudah lama berada di dalam rahim kamu. Besar kemungkinan ia akan muncul menjelang akhir menstruasi. Perkara ini adalah normal dan biasa terjadi pada waktu pagi atau ketika menstruasi kamu sedang keluar bagaikan ‘air terjun’.

Jika berwarna merah pekat, berketul dan bergumpal…

Kadar hormon progesteron rendah dan kadar estrogen kamu pula tinggi. Darah menstruasi yang berketul sebenarnya adalah normal. Tapi jika saiznya lebih besar daripada duit syiling 50 sen lama, kamu perlu berhati-hati. Ia boleh menjadi petanda kepada ketidakseimbangan hormon yang serius atau mungkin terdapat fibroid di dalam rahim kamu.

Jika berwarna merah dan keabu-abuan…

Segera buat temu janji dengan pakar sakit puan. Ia boleh menjadi petunjuk kepada jangkitan kelamin terutamanya jika mempunyai bau yang kuat. Selain itu, warna ini juga boleh menandakan yang kamu keguguran.

Jika berwarna merah menyala…

Don’t worry! Ia adalah normal dan biasa terjadi di awal kitaran haid. Pada waktu ini, lapisan rahim mengeluarkan darah dengan cepat sehingga warnanya menjadi merah menyala. Tapi jika kamu alami warna ini di tengah atau akhir kitaran haid kamu dan mengalami kejangan, besar kemungkinan kamu mengalami keguguran ataupun cyst ovari kamu pecah.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor