Perut Kamu Meragam? Makan Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Perut Kamu Meragam? Makan Ini

Perut Kamu Meragam? Makan Ini

Cara enak untuk redakan perut yang sedang ‘berdrama’.

Perut Kamu Meragam? Makan Ini

Foto: Depositphotos

Kamu rasa hot dalam bandage dress tapi di pertengahan makan malam dengan si dia, kamu tiba-tiba rasa kembung perut dan tidak selesa. Kamu pun terfikir, “Apa aku makan ni?”

Soalan yang lebih tepat adalah apa yang kamu tidak makan? Terdapat beberapa makanan selamat (dan enak!) yang kamu boleh makan untuk elakkan perut meragam. Berita baik memandangkan wanita lebih cenderung mengalami gastrointestinal disorders seperti IBS dan acid reflux. Salahkan hormon kamu! “Estrogen dan progesterone mungkin membuatkan wanita lebih sensitif dan menyebabkan sistem mereka bergerak lebih perlahan,” kata Kyle Staller, MD, gastroenterologist di Massachusetts General Hospitan, Amerika Syarikat.

Another culprit: High-FOODMAP foods. “Untuk sesetengah orang, makan makanan tersebut umpama menyimbah minyak tanah pada api membara – bakteria di dalam perut kamu menapai gula dan karbohidrat mentah menyebabkan kembung perut dan ketidakselesaan,” kata gastroenterologist, Brian Bosworth, MD, ketua perubatan di NYU Langone Medical Center, Amerika Syarikat.

Sebaliknya, makan makanan ini untuk bantu tenangkan perut kamu yang sedang meragam itu.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lobak merah mentah

Sayur ini beri nutrisi dan rendah gula FODMAP serta mengandungi gut-friendly soluble fiber, di mana ia memudahkan pencernaan.

Peanut atau almond butter

Mempunyai protein, lemak sihat dan zero FODMAP sugars. Jadi ia boleh mengenyangkan tapi buatkan perut kamu kembung.

Roti sourdough

Sebelum dibakar, bakteria sourdough dan yis hapuskan kebanyakan fermentable carbs yang bahaya untuk kesihatan perutmu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor