Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Persandingan Bak Cinderella Dengan Kasut Kaca Daripada Jimmy Choo

Tiada siapa yang berhak menentukan tema dan konsep persandingan impian kamu, selain diri kamu sendiri! Tentu ada diantara kamu yang mengimpikan persandingan bak kisah dongeng seperti Cinderella dengan kasut kaca magikalnya.

Pereka kasut terkenal, Jimmy Choo, menunaikan impian gadis-gadis yang menjadikan Cinderella sebagai inspirasi perkahwinan mereka.

Bertatahkan permata Swarovski, koleksi ini turut menampilkan beberapa rona baru dan juga sepatu berserta tas tangan yang diilhamkan daripada kisah dongeng ikonik, Cinderella.

Yang istimewanya koleksi kali ini adalah setiap pasang sepatu akan dibuat khas berdasarkan tempahan kamu dan setiap satunya menampilkan 7000 biji kristal Swarovski yang tersedia dalam tiga bentuk berbeza; dari kasut flats hingga ke tumit tinggi berukuran 110mm.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness