
Persamaan Antara Anne Hathaway Dan William Shakespeare Yang Mengejutkan
Cosmo sendiri seakan tidak percaya apabila membaca tweet tersebut...
Satu akaun Twitter bernama PEACHBALCKGoRL telah mendapat satu fakta mengenai pelakon hebat, Anne Hathaway. Anne telah pun berkahwin dengan seorang lelaki bernama Adam Shulman. Adam dikatakan sangat mirip dengan penyair hebat pada zaman dahulu, William Shakespeare. Pada masa lalu, William telah berkahwin dengan wanita bernama, ANNE HATHAWAY.
Penemuan ini telah menyebabkan ramai netizen terkejut dan tidak mempercayai semua kebetulan ini. Bagaimana dengan kamu? Adakah kamu mempercayainya?
Ada juga peminat yang mengatakan Anne Hathaway merupakan vampire kerana dia tidak pernah tua! Cosmo agak setuju dengan kenyataan ini kerana cuba kamu tonton kembali filem The Princess Diaries dan lihat Anne sekarang, seperti tidak ada beza, kan? She just looks the same!