Permata Vintaj Hotel Butik - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Permata Vintaj Hotel Butik

Siapa sangka di sebalik pelosok Kampung Glam, Singapura, tersergam indah Hotel Clover 769 North Bridge Road. Selain diberi nafas baru, Cosmo senaraikan empat sebab mengapa kamu perlu menginap di sini.

facade

LOKASI STRATEGIK
Dari jauh kamu dah boleh nampak kelibat hotel ini di tepi jalan. Apatah lagi kawasan Kampung Glam dikenali dengan ethnic quarter meets hipster central. Dikelilingi Haji Lane dan Arab Streets, banyak kafe-kafe menarik di sekitarnya yang boleh dicuba bila bermalam di sini. Oh dan pop-up store Comme des Garcons juga!

HIASAN DALAMAN MENARIK
Rona menyejukkan seperti putih, kuning air dan coklat serta kombinasi hiasan vintaj dan moden menyambut ketibaan pengunjung. Selain berbau harum dan rasa tenang, Cosmo teruja melihat barangan vintaj seperti kerusi tinggi salon, gramofon, telefon antik dan mesin taip, selain komputer MAC untuk kegunaan kamu di lobi. Dekorasi bilik juga cantik, classy dan kontemporari. Dan quote pada dinding bilik, “Let your memory be your travel bag,” juga terkesan di hati. Oh ya, bilik mandinya bercerminkan gelas, ooooh so sexy!

PELBAGAI PILIHAN BILIK
Ada empat jenis bilik ditawarkan buat kamu. Antaranya Clover Select (tiada tingkap), Clover Push (katil saiz Queen), Clover Executive (katil saiz King) dan Clover Lavish Suite (dengan jakuzi di luar bilik). Harga bermula dari Dolar Singapura $320++ ke $600++.

PENGALAMAN HEBAT
Bak kata Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Clover 769 North Bridge Road, Teo Kok Hwee, “Kami menawarkan pengalaman hebat dengan gabungan rekaan dalaman yang unik, penginapan selesa dan servis yang baik. Selain berpeluang untuk merasai budaya tempatan dan persekitaran sosial yang fabulous sekitar Kampung Glam yang hip!”

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist