Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perlukah Kamu Tahu Kisah Silam Teman Lelaki?

Ya dan tidak. Ada perkara yang kamu perlu ambil tahu dan ada perkara yang kamu perlu kunci dalam peti besi dan campak ke tengah laut!

Daripada skala satu hingga 10, berapa pentingkah kisah silam pasangan untuk pengetahuanmu? Adakah ia berbaloi untuk kamu cungkil? Cosmo boleh beri kamu jawapan klise seperti, ‘percaya pada gerak hati,’ tapi hakikatnya terdapat beberapa perkara (dan fakta!) tentang dirinya yang perlu kamu ambil tahu. Cosmo juga boleh katakan, ‘Lebih banyak kamu tahu, lebih bagus’, but that’s simply not true either. Jadi apakah yang perlu kamu ambil tahu dan tidak mengenai kisah silamnya?

 

1) What’s his number?

Maksud Cosmo, bukan bersama dalam percintaan tapi hubungan intim! Bukan untuk menghukumnya tapi kamu perlukan ketelusan daripadanya. Bila kamu dapat jawapan, don’t drive yourself crazy with the answer! Tidak akan ada jawapan yang buat kamu gembira ataupun lega. Jadi mengapa kamu perlu tahu perihal perkara ini sedangkan tiada jawapan yang akan melegakan kamu? Okey, rujuk nombor dua pula.

 

2) Sama ada dia selamat atau bebas daripada penyakit kelamin.

Jika pasangan kamu pernah menghidap (dan sudah pulih), atau pernah ‘bersama’ seseorang yang menghidap STD (sexually transmitted disease), kamu berhak mengetahuinya. Kamu mempunyai hak untuk tahu jika dia pernah lakukan ujian klinik, jika dia sudah dirawat sepenuhnya dan bagaimana kesihatannya boleh beri efek pada kamu. This is important, ladies!

 

3) Pernahkah dia berlaku curang ketika remaja dulu?

There’s no excuse for cheating, pronto! Ia perbuatan paling tidak boleh diterima dalam mana-mana perhubungan tidak kira apa jua sebab dan alasan di sebaliknya! But, people mess up in school (atau kolej) a lot. Adakah kamu mahu si dia menghukummu berdasarkan perkara yang kamu lakukan ketika di kolej dulu? Tidak, kan? Lelaki yang kamu cintai sekarang adalah lelaki yang jauh berbeza dengan versi dirinya ketika usianya 19 tahun dulu.

 

4) Hubungan toksik

Jika dia pernah berada dalam ‘crazy relationship’, jangan tanya setiap butiran daripadanya. Ia akan mengganggumu! Kamu semua pernah bercinta dengan seseorang yang tidak baik untuk diri sendiri ataupun seseorang yang toksik. Kamu pasti tidak mahu ‘broadcast’ setiap pinggan yang dilemparkan ke arah kamu ketika kalian berdua bergaduh atau setiap nasty words yang dia katakan kepadamu, kan? Begitu juga dengan si dia.

 

5) Apa dia tidak suka mengenai bekas kekasihnya?

Hentikan pasangan kamu jika dia mula mengadu bertapa teruknya bekas kekasihnya sebelum ini. It’s on poor taste and he should know better. Tambahan, kamu tidak mahu rasa bahawa dia bersama denganmu hanya kerana kamu tidak seteruk bekas kekasihnya itu. Kamu mahu dia bersama kamu kerana diri dan personaliti kamu sendiri…because you’re awesome girl!

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert