Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perlukah Kamu Simpan Rahsia Daripada BFF?

'No secret between us, best friend forever.' Boom! Realiti menampar pipimu! Hakikatnya ada beberapa perkara yang seharusnya kamu rahsiakan daripada BFF. Tidak semua perlu dikongsi hanya kerana dia teman sejati.

Foto: Nick Onken

Cosmo pasti kamu pernah berjanji seperti itu bersama BFF kamu, kan? Kononnya tiada rahsia di antara kita tidak kira apa jua situasi yang datang. Ya, ia sangat relevan kerana dia teman baikmu – sering sokong kamu walau dalam keadaan apa sekali pun. Lama-kelamaan, perspektif kamu mula berubah apabila kamu sedar bahawa ada sesetengah perkara lebih elok dirahsiakan daripada pengetahuannya. Sebagai contoh, kamu terlihat bapanya bercanda bersama wanita lain yang bukan ibunya? Bagaimana nak beritahunya, kan? Apa jua alasan di sebalik rahsia tersebut, perasaan bersalah menghantui diri kamu dek kerana perjanjian di antara kamu dan BFF kamu itu. Does it make you any less of a friend? Jawapannya: TIDAK!

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

2) THE ‘ONE-TO-ONE’ RULES

Pernah tak kamu menjadi prospek ahli niaga MLM? – bukan Maharaja Lawak Mega, okey! Apakah peraturan bisnes piramid (orang cari orang cari orang… bla bla bla) ini? Kamu perkenalkan satu atau dua orang, kemudian mereka perkenalkan kepada satu atau dua kenalan mereka. Dengan cara itu jika semua konsisten, bisnes akan berkembang dan wang berlipat-lipat (yeah right!). Konsepnya sama saja. Kamu kongsi rahsia kamu pada BFF dan kamu percaya dia akan menyimpannya. Tapi lumrah manusia, rahsia bukanlah untuk disimpan – seorang! Jadi dia pun bercerita pada teman yang dia ‘percaya’ dan temannya itu bercerita pada rakan yang dia ‘percaya’. Kesudahannya sama saja seperti konsep MLM tadi. Jadi apa yang Cosmo cuba sampaikan tersangat mudah, jangan sesekali menaruh kepercayaan kamu 100 peratus dan harapkan BFF kamu menyimpan rahsia kamu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert