Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perlukah Kamu Simpan Rahsia Daripada BFF?

‘No secret between us, best friend forever.’ Boom! Realiti menampar pipimu! Hakikatnya ada beberapa perkara yang seharusnya kamu rahsiakan daripada BFF. Tidak semua perlu dikongsi hanya kerana dia teman sejati.

Foto: Nick Onken

Cosmo pasti kamu pernah berjanji seperti itu bersama BFF kamu, kan? Kononnya tiada rahsia di antara kita tidak kira apa jua situasi yang datang. Ya, ia sangat relevan kerana dia teman baikmu – sering sokong kamu walau dalam keadaan apa sekali pun. Lama-kelamaan, perspektif kamu mula berubah apabila kamu sedar bahawa ada sesetengah perkara lebih elok dirahsiakan daripada pengetahuannya. Sebagai contoh, kamu terlihat bapanya bercanda bersama wanita lain yang bukan ibunya? Bagaimana nak beritahunya, kan? Apa jua alasan di sebalik rahsia tersebut, perasaan bersalah menghantui diri kamu dek kerana perjanjian di antara kamu dan BFF kamu itu. Does it make you any less of a friend? Jawapannya: TIDAK!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) HAK INDIVIDU

Ya, kamu mahu jadi sahabat yang baik tapi kamu berhak letakkan had. Lagipun ia melibatkan kehidupanmu, kan? Your life, your own rules. Teliti maklumat apa yang patut dikongsi dan apa yang harus kamu simpan dalam peti besi, kunci dan segera sorok di bawah katil. Ingat, persahabatan sebenar adalah yang jujur, ikhlas dan ada ruang untuk individu berkembang. Jadi tak kira jika apa jua janji kamu berdua, kalian harus menghormati ruang dan keputusan masing-masing.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert