Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perlu Berjaga Sepanjang Malam Untuk Siapkan Tugasan Penting? Ini Tip Untuk Kamu

Kalau nak buat bos kagum, kenalah tunjukkan yang kamu mampu beri komitmen 100 peratus walaupun terpaksa bersengkang mata siapkan kertas kerja untuk pembentangan esok!

Foto: Shutterstock.com

Menurut doktor, tak mengapa kalau nak berjaga malam sekali-sekala, cuma kamu kena berhati-hati jika ada petanda depresi, gementar atau sistem imunisasi bermasalah. Tahap tekanan yang kamu hadapi akan meningkat 14 peratus untuk setiap sejam kamu tak tidur, lantas menaikkan risiko moody, murung tiba-tiba dan jatuh sakit. Bila dah tahu disclaimer tadi, ayuh lakukannya.

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

ESOK PAGINYA

Segarkan Diri Gunakan tinted moisturizer supaya wajah nampak bercahaya. Gunakan juga penyamar untuk samar lingkaran gelap bawah mata yang boleh menunjukkan kamu tak cukup tidur!

Bertukar Pada Teh Hirupan kopi sepanjang malam akan boleh buat kamu rasa ‘nak gila’. Kamu tak perlu lagi secawan kopi. Teh biasanya mengandungi jumlah kafein lebih rendah berbanding kopi, dan bahan theanine dalam teh didapati dapat menenangkan kamu selain membantu kamu fokus.

Awas! Tidur terganggu akan sebabkan rasa euphoria singkat pada keesokan harinya. Kalau dibiarkan, ia akan menjejaskan fungsi otak dan kamu bertindak luar batasan. Elak buat keputusan penting sehinggalah kamu cukup rehat… Dan daripada memandu, tumpanglah sesiapa untuk ke mana-mana ya.

Power Nap Woot! Kamu berjaya buat pembentangan dalam mesyuarat. Selepas ini, tidur dua jam okey. Sesi nap ini akan buat kamu rasa lebih segar, tapi sebaiknya janganlah tak tidur malam lebih daripada dua kali dalam tiga bulan. Gangguan tidur boleh buat berat badan naik, mood tak betul dan masalah kesihatan yang serius.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor