Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perlu Berjaga Sepanjang Malam Untuk Siapkan Tugasan Penting? Ini Tip Untuk Kamu

Kalau nak buat bos kagum, kenalah tunjukkan yang kamu mampu beri komitmen 100 peratus walaupun terpaksa bersengkang mata siapkan kertas kerja untuk pembentangan esok!

Foto: Shutterstock.com

Menurut doktor, tak mengapa kalau nak berjaga malam sekali-sekala, cuma kamu kena berhati-hati jika ada petanda depresi, gementar atau sistem imunisasi bermasalah. Tahap tekanan yang kamu hadapi akan meningkat 14 peratus untuk setiap sejam kamu tak tidur, lantas menaikkan risiko moody, murung tiba-tiba dan jatuh sakit. Bila dah tahu disclaimer tadi, ayuh lakukannya.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

DARI SENJA KE SUBUH

Kerap Isi ‘Minyak’ Bayangkan malam ini sebagai satu ‘sesi panjat bukit’ yang panjang – jadi bekalkan diri dengan snek yang mencukupi. Pilih snek kaya protein dan serat, seperti sayuran. Kamu boleh kekalkan tenaga tinggi tanpa menyebabkan kadar gula dalam darah merudum.

Minum Kopi Dengan berpada-pada ya, java adalah caffeine fix selamat. Ia membantu kamu kekal segar sepanjang malam.

Kekal Hidrasi Minum segelas air sejuk untuk setiap secawan kopi yang kamu minum. Ia menyegarkan lantas memberi kamu tenaga dan buat kamu lebih fokus. Dalam satu kajian, mereka yang minum H2O mempunyai tempoh reaksi lebih baik.

Tidur Sekejap Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengorbankan waktu tidur untuk belajar tak mampu perform dengan baik bila di kelas atau ujian pada keesokan harinya. Kenapa? Tubuhmu memerlukan tidur untuk menggabungkan bahan yang kamu hafal Sejam dua tidur pun dah cukup untuk pelaksanaan tugas mantap.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor