Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perkembangan Terbaru Kehamilan Kylie Jenner, Kim dan Khloe Kardashian

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto terbaru Kylie Jenner di Instagram yang kini lebih selesa berpakaian longgar dan besar. Nak tutup perut ke sis?

Selepas berita dia disahkan hamil tiga bulan hasil hubungan dengan kekasih barunya, Travis Scott, Kylie elak untuk tampil di khalayak ramai. Malah dia juga memakai pakaian bersaiz besar dan longgar untuk melindungi perutnya, kerana sehingga kini Kylie masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kehamilan itu.

Tetapi ada berita lebih menarik buat peminat Kylie, di mana musim terbaru Keeping Up With The Kardashians menjanjikan lebih banyak update dan babak proses kehamilan Kylie nanti. Menurut ibunya, Kris Jenner, Kylie cukup beruntung menerima banyak tip dan nasihat kehamilan daripada kakak-kakak tirinya.

Kylie dan Travis juga dikatakan telah berbincang mengenai perkahwinan dan menyediakan senarai nama bayi mereka tetapi masih belum diketahui sejauh mana perancangan itu.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness