Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perkara Perlu Pertimbangkan Sebelum Bercinta Dengan Shortie Guy

Yay or nay? Kalau betul cinta itu buta, jadi ia tidak mengenal ketinggian… Eh, benarkah? Baca point di bawah sebelum buat keputusan untuk date shortie guy.

Kamu mesti pernah terfikir bahawa bercinta dengan lelaki lebih rendah boleh mencalarkan ego kalian berdua. Mana tidaknya, pasti orang sekeliling akan memandang dengan pandangan menghukum. But who cares, right? Jika jejaka tersebut memenuhi setiap kriteria yang kamu cari kecuali satu – ketinggiannya – tidak bermakna kamu perlu tepis peluang itu, kan? Hey! Even Gigi Hadid dating shorter guy, Zayn Malik. So what’s the big deal? Tapi dek kerana dia berstatuskan supermodel, ramai seakan ‘tutup mata’. Untuk kamu pula mungkin sedikit mencabar. Jadi sebelum katakan ‘ya’ pada jejaka tersebut, pertimbangkan beberapa perkara ini.

 

1) HIGH HEELS KAMU BAKAL BERHABUK

Kalau kamu jenis wanita yang tak boleh berpisah dengan kasut tumit tinggi, terima hakikat bahawa heels kamu mungkin bakal berhabuk dalam almari kasutmu. Jika ketinggian kamu jelas ketara, kamu pasti tidak mahu menambahkan lagi jurang tersebut, kan? Alternatif lain yang kamu perlu cari adalah sarungkan ballerina flats, sandal atau sneakers. They are in trends now! Tapi bagi pendapat Cosmo, jika kamu ‘gilakan’ high heels, pakai saja! Tiada guna kamu ubah penampilan hanya kerana satu perkara remeh. Kamu seharusnya terapkan personaliti wanita yakin. Stand tall and proud!

2) “ADIK KE TU?”

Okey, yang ini agak tidak bertimbang rasa. Tak mungkin kamu keluar candlelight dinner dengan adik kamu, kan? Tapi jangan marah tak tentu hala. Mungkin mereka tidak berniat kejam terhadap kamu. Apa yang Cosmo cuba sampaikan adalah kamu perlu bersedia secara mental dan fizikal untuk menerima sebarang kritikan atau persoalan. Apabila kamu sudah bersedia terlebih dahulu, kamu tidak akan terkesan daripada perkara-perkara remeh seperti ini. Sentiasa bersikap positif dalam menanganinya. Jangan biar negativiti orang lain musnahkan kebahagiaan hubungan kalian berdua. Not worth it!

3) KAMU TERPAKSA TERANGKAN ‘MENGAPA’

Bila kamu bercinta dengan lelaki lebih rendah, kamu akan dapati dirimu seperti terpaksa menjelaskannya seperti, “Tapi dia baik dan penyayang!” atau “Dia sangat kelakar orangnya. Percayalah.” atau mungkin, “Saya tidak peduli tentang ketinggiannya.” Satu perkara yang Cosmo mahu kamu faham adalah kamu tidak perlu menjelaskan kepada semua orang kenapa si dia menjadi pilihanmu. Untuk alasan tertentu, orang akan fikir bahawa kamu pasti terdesak untuk mempunyai teman lelaki hanya kerana si dia lebih rendah daripadamu. You know what? Just shake it off! Itu adalah masalah mereka, bukan kamu.

4) KAMU TAMPAK HEBAT DALAM PAKAIAN SI DIA

Kamu pasti pernah dengar idea berkongsi pakaian (basic wear saja okey!) dengan teman lelaki… Boyfriend shirt? Boyfriend denim? Kamu sangat beruntung okey, kerana jika teman lelaki kamu lebih tinggi daripada kamu, ini agak mustahil untuk dilakukan. Jika orang lain berhabis untuk beli cropped boyfriend jeans di kedai, kamu pula hanya perlu sarungkan seluar si dia. Masih ingat lagi apabila Katie Holmes keluar dengan memakai seluar jeans Tom Cruise (bekas suami yang lebih rendah daripadanya)? Dia tampak sangat hebat sehingga ia menjadi satu trend dan fenomena dalam dunia fesyen! Walaupun kejadian tersebut berlaku enam tahun lalu, ia masih lagi relevan dan tidak lapuk hingga ke hari ini.

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert