Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perkara Kamu Perlu Tahu Perihal Seks Ganas

Selepas menonton adegan hangat Fifty Shades Darker bersama suami, kamu pun teringin nak cuba aksi seperti itu. Hati kecil yang mahu itu sebenarnya bercampur sedikit takut. Sakitkah, atau…?

Sometimes rough sex is the best sex. Tidak dinafikan hubungan intim yang slow and steady sangat romantik dan mempunyai hubungan yang lebih mendalam, tapi kadangkala kamu perlulah turn the table around dan bereksperimen dengan sedikit aksi ganas. Bukannya Cosmo suruh kamu dan suami lakukannya hingga lebam dan sakit badan, tapi menyuntik elemen kasar ke dalam rutin seks boleh jadi benda baru yang menyinari harimu nanti.

Tapi ingat! Seks kasar adalah perkara subjektif. What’s rough to one person could be tame to another. Seks kasar adalah hubungan intim di mana kamu melibatkan kesakitan terhadap perbuatan seksual untuk meningkatkan kenikmatan. Ia adalah satu pelepasan seksual di mana kamu boleh tunjukkan kekuatan dan nafsu pada masa yang sama.

KESERONOKKAN DARI SEGI PSIKOLOGI

Salah satu perkara seksi tentang seks ganas adalah bagaimana ia amat mudah ‘berjangkit’ di atas kamar. Jika kamu menyakiti tubuh suami, ‘kemarahan’ yang dia alami dalam separa sedar akan membuatkan dia membalas ‘keganasan’ tersebut dengan cara tersendiri. Ia akan meningkatkan pengalaman seksual yang baru kepada kalian.

Tapi hubungan intim begini bukanlah untuk semua orang. Buat mereka yang gemar menikmatinya, seks ganas boleh meningkatkan keghairahan hubungan suami isteri untuk tempoh yang lebih lama. Mereka yang gemarkan jenis seks ini selalunya berasa lebih ghairah kerana kesakitan yang dialami berbanding kenikmatan seksual yang dirasai. Ia bukanlah satu perkara buruk kerana kadangkala perubahan dalam rutin seks harian boleh buatkan hubungan intim kamu dan suami lebih seksi dan alive – tidak bosan dan bukan yang biasa.

DOMINAN DAN SUBMISIF

Rough sex is rough sex. Walaupun kamu dan suami menikmatinya, ia boleh terbahagi kepada dua peranan berbeza. Mungkin suami yang sering mulakan langkah seks ganas sementara kamu pula lebih suka menikmati kesakitan fizikal dan terangsang daripadanya.

Jika kamu lebih dominan dalam hubungan bersama suami atau dalam kehidupan seharian kamu di luar, kamu mungkin lebih sukakan seks kasar submisif. Ia adalah cara untuk minda kamu lepas daripada segala tanggungjawab serta kawalan yang kamu tetapkan dalam kehidupan seharian. The psychological release of control makes you enjoy your orgasm better.

Akan tetapi, seks kasar tidak bermakna kamu perlu menyakiti satu sama lain atau untuk buatkan kamu rasa berkuasa. Ia boleh digunakan sebagai pelepasan psikologi asalkan kamu lakukannya dengan persekitaran yang terkawal dan sering bertukar sisi dominan serta submisif dengan suami – melainkan jika kamu sudah tentukan peranan spesifik untuk hubungan seks kalian.

TIDAK SEMESTINYA KINKY!

While rough sex is a kind of kinky sex, it could also be a passionate sex. Kebanyakan kinky seks memerlukan masa untuk perancangan dan persediaan, tapi seks kasar sebenarnya tidak perlukan apa-apa rancangan melainkan kamu dan suami merancang untuk menggunakan perlengkapan seks. Seks kasar adalah rangsangan seksual di luar penetrasi.

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert