Perkara Kamu Perlu Tahu Mengenai Gangguan Seksual
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Perkara Kamu Perlu Tahu Mengenai Gangguan Seksual

Perkara Perlu Tahu Mengenai Gangguan Seksual

Cosmo jawab soalan pembaca perihal gangguan seksual di tempat kerja. We got you, girls!
Perkara Kamu Perlu Tahu Mengenai Gangguan Seksual
Foto: Shutterstock.com

Adakah gangguan seksual perlu melibatkan hubungan seks?

Tidak. Gangguan seksual adalah melakukan sesuatu yang berunsur seks, tetapi tidak termasuk apa-apa aktiviti seksual juga boleh dianggap sebagai gangguan seksual. Ia tidak semestinya melibatkan sebarang sentuhan fizikal tetapi melalui kata-kata sudah memadai.

Bukankah ia dikira mengurat saja?

Gangguan seksual tidak sama dengan mengurat. Ia tidak diundang dan ia adalah kelakuan yang tidak menghormati mangsanya. Jika kamu ingin memikat hati seseorang, kamu akan menghormati dan peka kepada perasaannya. Mengurat memang menyeronokkan dua belah pihak tetapi gangguan seksual menyakiti dan memberi kesan buruk kepada mangsa.

Ia tidak menyakiti sesiapa, kan?

Gangguan seksual bukanlah satu permainan. Ia mengganggu kesihatan emosi dan fizikal seseorang. Wanita yang menghadapinya melaporkan bahawa ia menyebabkan mereka mengalami tekanan jiwa, sakit kepala, gangguan tidur dan kerisauan. Ini boleh menurunkan produktiviti kerja, merendahkan semangat dan keyakinan di tempat kerja dan memberi kesan negatif kepada sesiapa yang menyaksikan atau mendengar mengenainya.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert