Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perkara Buat Lelaki Turn On

Siapa sangka sebenarnya rambut sanggul kamu yang kusut masai itulah yang mampu buat si dia turn on.

 

36043586_m

 

“Saya suka bila wanita pakai baju turtleneck dan seluar panjang. It’s more mysterious. Elok bila wanita pakai baju lebih tertutup.” – Zack, 26

 

“Percaya atau tidak, hati saya mudah tersentuh bila mendengar wanita baca Al-Quran. Rasa sejuk saja.” – Kamal Ariffin, 27

 

“Rambut frizzy? Bermakna wanita itu jenis bersiap dengan cepat.” – Mohd Jasli, 29

 

“Wanita nampak lebih seksi ketika bangun dari tidur dengan mata separuh terbuka. Ada sesuatu yang comel tentang ‘kelalaian’ mereka waktu itu.” – Jeffri, 24

 

“Saya suka wanita berdikari. Tidak terlalu bergantung kepada teman lelaki buatkan seseorang wanita itu tampak seksi!” – Mohd Ayub, 24

 

“Entah kenapa saya mudah turn on kepada wanita yang giginya jarang di depan.” – Alex, 21

 

“Kebanyakan lelaki suka wanita pakai baju ketat, tapi saya pula sebaliknya. Saya suka tengok teman wanita sarungkan pakaian longgar, nampak sempoi dan tak terlalu feminin.” – Khairul, 27

 

“Wanita yang pakai cermin mata sangat seksi. Yalah, mata yang cantik harus ‘dibingkai’, kan?” – Edmund, 29

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor