Perkahwinan Harry & Meghan Dilaporkan Lebih Popular Berbanding Kate & William
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Perkahwinan Harry & Meghan Dilaporkan Lebih Popular Berbanding Kate & William

Perkahwinan Harry & Meghan Dilaporkan Lebih Popular Berbanding Kate & William

Apabila seorang Putera British menikahi seorang wanita Amerika, rakyat Amerika pasti akan menontonnya.

CNN melaporkan American television ratings lebih tinggi ketika pernikahan Meghan dan Harry berbanding William dan Kate pada tahun 2011.

Nielsen menghitung seramai 29 juta rakyat Amerika menonton perkahwinan Diraja itu di saluran 15 (!). NBC mempunyai 6.4 juta penonton, ABC mempunyai 6.3 juta, CBS mempunyai 4.8 juta, Fox News mempunyai 1.9 juta, CNN mempunyai 1.8 juta, dan MSNBC mempunyai 1 juta. Bagi perkahwinan William dan Kate, tidak kurang hebatnya dengan jumlah penonton seramai 22.8 juta.

Bagaimanapun, berlainan di UK di mana lebih ramai menonton perkahwinan William dan Kate, The Guardian melaporkan. Lebih kurang 18 juta rakyat Britain menonton perkahwinan Harry dan Meghan, yang kebanyakannya menonton di saluran BBC. Jumlah tersebut kurang sedikit daripada perkahwinan William dan Kate, yang mendapat tontonan sebanyak 24 juta, laporan daripada The Telegraph.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for harry meghan

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker