Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Percutian Eksotik Dan Mewah Yang Berbaloi Untuk Kamu

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kamu mahukan percutian eksotik tapi bukan jenis yang tidur dalam khemah, sebaliknya menetap di hotel mewah sambil menikmati pemandangan hutan atau gunung bersalji? Cosmo senaraikan destinasi percutian eksotik dan mewah yang pasti mampu menambat hatimu!

Foto: 123rf.com

Zarafa Dhow Suites, Selinda Reserve, Botswana.
Alami percutian mewah di tengah hutan simpan Botswana bersama teman-teman sambil menikmati pemandangan semula jadi yang indah! Berkonsepkan era 20-an, vila ini menawarkan suite dengan dua bilik tidur mewah berserta lounge dan ruang makan. Bukan itu saja, kamu juga akan diberikan khidmat butler dan tukang masak! Setelah penat menjelajah di siang hari, Cosmo cadangkan kamu rehatkan diri dan berendam dalam kolam renang peribadi sambil ditemani cahaya lilin. Memang mengasyikkan!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist