Percutian Ala Selebriti Di Melbourne
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Percutian Ala Selebriti Di Melbourne

Pastinya bila membelek majalah dan terbaca kisah percutian bintang terkenal, terdetik hati seketika yang kamu juga inginkan pengalaman bercuti ala wanita cosmopolitan Sex and The City. Tapi sudah tentu kamu perlukan bajet percutian beribu ringgit untuk merealisasikan impian itu, bukan? Cosmo bawa kamu jelajah bandar Victoria, Melbourne, Australia agar kamu juga boleh nikmati percutian ala selebriti tanpa ‘pecah’ bajet.

Night at Melbourne

Pilihan Penginapan

HOTEL: COMO HOTEL
Hiasan dalaman yang moden dan chic membuatkan hotel ini sering dikunjungi selebriti terkenal. Paris Hilton sendiri pernah menginap di hotel mewah ini. Betul-betul rasa seperti percutian ala selebriti.

MOTEL: BEST WESTERN THE TUDORBOX HILL (WWW. THETUDOR.COM.AU)

Sebuah motel yang terletak tak jauh dari bandar Victoria. Dengan konsep kontemporari ia sebuah motel yang mempunyai suasana damai dan tenang.

BED & BREAKFAST: COTTERVILLE HOMESTAY – BED & BREAKFAST
Bagaikan sebuah English cottage dan dihias dengan dekorasi sangat eklektik, penginapan Bed & Breakfast begini lengkap dengan hidangan sarapan pagi.

Nak pakai apa?

Cuaca di Melbourne kadang kala tidak menentu. Ia mungkin panas terik pada satu hari dan keesokkan mungkin sejuk pula. Kamu digalakkan membawa baju hujan atau payung bila keluar ber-shopping jika risau cuaca berubah. Di musim panas, pakai saja seluar pendek dan t-shirt atau kemeja putih dan jeans supaya lebih selesa. Jangan lupa bawa sepasang kasut sukan atau flats bagi kamu yang suka explore atau shopping.

Shopping, Aku datang….

Terkenal sebagai shopping capital of Australia, Victoria pandai mencampurkan jenama high street bersama rekaan pereka tempatan yang edgy. Jika kamu seorang fesyenista sudah tentu kamu kena mengunjungi kawasan membeli belah South Yarra atau Collins Street. Kamu juga akan menemui komuniti pereka tempatan di lorong-lorong sekitar Collins Street yang menjual hasil rekaan Bespoke.

 

Foto: INGImage

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist