
Percintaan Ain Edruce & Miller Khan – Kalau Dah JODOH, Tak Ke Mana!
INSPIRASI CINTA FINALE EP 4 – Ardiansyah merasakan dia tidak patut mensia-siakan peluang kedua ini, yang mungkin tiada lagi kali ketiga.
Melissa pula tidak mahu hatinya hancur lagi, cukup sekali Ardi pergi meninggalkannya tanpa khabar dan pesan. Perpisahan lima tahun itu membuatkan kedua-dua hati itu hancur, tetapi Ardi tetap mahu bersama Mel kali ini.
Wajah gundah Ardiansyah memberi gambaran betapa dia tidak bahagia. Keadaan itu membuatkan ibunya jadi akur. Kehidupan sempurna anak tunggalnya lebih penting. Kerana itu, Ardiansyah disatukan dengan Melissa. Hari bahagia mereka menjelma. Mereka disatukan dengan restu kedua belah keluarga. Jelas kegembiraan terpampan di wajah masing-masing. Perpisahan lima tahun menjadikan hubungan mereka lebih bererti.
Saksikan episod finale penuh Inspirasi Cinta di www.inspirasi-cinta.com
Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.