Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Percaya Tak Air Mampu Buat Kamu Lebih Bijak Dan Cantik?

Memang selebriti tak tipu bila mereka selalu saja sebut kuat minum air untuk dapatkan kulit berseri-seri dan tubuh yang ‘wow’, menurut satu kajian. Timbang berat badan, bahagi dua, kata Keri Gans, RD, penulis The Small Change Diet – itulah jumlah auns air yang kamu kena minum (jenis cecair lain pun boleh saja!)

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

H2O Buat Kamu Lebih Bijak

Pelajar yang minum banyak air sewaktu hampir waktu peperiksaan dapat markah lebih baik daripada yang kurang minum, menurut satu kajian. Dehidrasi boleh naikkan kadar hormon tekanan kortisol. Lagipun, air boleh bantu baiki kosentrasi/fokus.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor