Perbelanjaan Kecil Harian Yang Sebenarnya Mahal Dari Kamu Sangka
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perbelanjaan Kecil Harian Yang Sebenarnya Mahal Dari Kamu Sangka

Masa untuk buat belanjawan diri yang lagi baik! Kecuali kalau kamu Kendall atau Kylie Jenner yang berkepuk duit dalam bank.

Ya, kamu boleh elak untuk shop online, dan bawa bekal ke pejabat, tapi walau dengan semua usaha ini, kamu sebenarnya berbelanja lebih. Bila kamu buat kira-kira, banyak lagi bil yang belum dibayar, jadi sudah tiba masanya untuk periksa tabiat berbelanja kamu.

1. Kamu selalu ‘lupa’ bawa duit

Jujur saja, tak ada orang yang lupa bawa duit empat kali dalam seminggu! Dan, orang selalu tak kisah tinggalkan bekal makan mereka kalau ada kawan-kawan yang ajak keluar makan sekali. Kalau kamu betul-betul nak jimat duit, kamu harus jadikan ia rutin kamu. Perkara yang sama seperti membeli minuman mineral di kedai yang berharga RM 6 untuk 2 botol 2 liter. Sedangkan kamu boleh bawa botol air dan minum air daripada refilling station di pejabat.

2. Berani untuk katakan “Tidak!” 

Jika kamu adalah orang baru di tempat kerja, mungkin rakan pejabat yang lain sering ajak kamu ke parti ataupun sesi mengopi selepas bekerja. Inilah masanya kamu mahu mencipta keserasian dengan yang lain, tetapi kamu sudah boleh mengatakan tidak kali ini. Terus terang dengan mereka yang kamu mahu berjimat dan sedang menghabiskan kerja. Bila kamu dah lama dan dah rapat dengan teammates, mengelak untuk keluar takkan buat kamu nampak lame. Ianya okey untuk katakan “I can’t afford this right now, but thank you”.

3. Kamu selalu terlepas diskaun

Selalu lihat pilihan yang murah! Bila kamu keluar, lakukan tinjauan ataupun window shopping. Bandingkan harga beberapa barangan di tiga kedai yang lain. Kalau terlalu sukakan gaun yang dah lama kamu aim, beli saja. Tetapi ingat, tahan diri kamu daripada bershopping untuk tiga bulan. Deal?

4. Kamu beli terlalu banyak barang dari kedai runcit terdekat

Sama ada kamu craving ataupun hanya nak habiskan minggu itu, kedai terdekat dari pejabat kamu mungkin adalah pilihan terbaik untuk stretch kaki kamu dan rehatkan minda. Walaupun tak rancang, kamu selalu akan keluar dengan plastik kecil yang penuh dengan barang-barang yang kamu tak nak beli pun. Kamu tahu kenapa orang selalu cakap jangan pergi ke kedai runcit dengan perut kosong? Ini adalah sebabnya. Percayalah, banyak lagi benda yang tak perlu duit untuk kurangkan rasa bosan.

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Ysa Singson (cosmo.ph)

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor